Now Reading
Lelaki Viral Ditarik Orang Utan Mohon Maaf Langgar Peraturan Zoo

Lelaki Viral Ditarik Orang Utan Mohon Maaf Langgar Peraturan Zoo

Pemuda bernama Hasanal Ariffin itu memohon maaf kerana telah melanggar peraturan dengan memanjat ke dalam kandang tanpa izin.

minta maaf lepas langgar peraturan zoo

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan ketika cuba berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Video berkenaan memaparkan lelaki tersebut meletakkan kamera di hadapan sangkar orang utan dengan niat untuk dijadikan sebagai konten. Namun keadaan bertukar panik apabila orang utan itu secara tiba-tiba menarik baju dan kakinya.

Kejadian yang berlaku di Zoo Kasang Kulim, Indonesia tersebut telah meraih perhatian masyarakat di seluruh dunia.

BACA JUGA: Pengunjung Zoo Nak Buat Konten Video, Sekali Kena Tarik Dengan Orang Utan

Pemuda mohon maaf masuk kandang tanpa izin

Berikutan kejadian itu, lelaki bernama Hasanal Ariffin berusia 19 tahun dilaporkan telah membuat permohonan maaf kerana didakwa melanggar peraturan dengan menceroboh kawasan kandang demi membuat konten bagi videonya.

Video permohonan maaf tersebut dimuat naik oleh pihak Zoo Kasang Kulim menerusi laman Instagram rasmi milik mereka (kasangkulim_zoo).

Saya ingin meminta maaf atas perbuatan saya yang telah melanggar peraturan dengan memanjat pagar di kawasan orang utan berkenaan dan menularkan video tersebut.

Hasanal Ariffin

Menurut laporan, pengurus Zoo Kasang Kulim dikenali sebagai Desrizal memaklumkan bahawa pemuda berkenaan melompat ke dalam kandang orang utan tanpa kebenaran petugas pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, pemuda tersebut juga melanggar peraturan dengan menendang orang utan berkenaan.

Desrizal turut menegaskan orang ramai untuk tidak melanggar peraturan yang ditetapkan di zoo bagi menjaga keselamatan haiwan, pengunjung serta petugas.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd