Now Reading
Netizen Kagum Mekanik Boleh Hidupkan Motor Guna Teknologi Cap Jari

Netizen Kagum Mekanik Boleh Hidupkan Motor Guna Teknologi Cap Jari

Hanya cap jari pemilik motosikal sahaja yang boleh menghidup dan mematikan motor itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mesti ramai yang pernah ada pengalaman motor dicuri kan? Waktu itu memang fikiran tak tentu arah.

Lebih-lebih lagi jika motor itu jenis Yamaha RXZ yang dianggap sebagai motor ‘kayangan’ kerana harga yang mahal. Harganya hampir nak sama harga dengan sebuah kereta.

Pemilik motosikal ini pastinya mahu memastikan kenderaan ini tidak hilang dicuri orang.

Kredit: Facebook Yamaha Rx 135 Fans

Boleh hidupkan motor pakai cap jari

Baru-baru ini, seorang pemilik motosikal jenis Yamaha RXZ telah melakukan pengubahsuaian yang unik.

Menerusi satu video dimuat naik di Facebook TOKAN Helmet, seorang mekanik yang juga empunya motosikal jenis Yamaha RXZ telah menunjukkan modifikasi yang mencuri perhatian ramai.

Lelaki itu yang dipercayai seorang mekanik di sebuah bengkel mengubah suai kunci utama motosikalnya dengan menggunakan teknologi imbasan cap jari.

Seperti telefon bimbit, hanya cap jari pemilik sahaja yang mampu untuk menghidup dan mematikan motosikal tersebut.

Lampu biru akan menyala jika mengimbas cap jari yang betul dan lampu merah pula akan menyala jika cap jari yang tidak tepat.

Video tersebut telah berjaya meraih 298,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai tertarik dengan modifikasi unik ini

Ramai yang memuji keunikan modifikasi pada motosikal berkenaan. Namun, ada juga yang risau sekiranya kenderaan itu masih dicuri meskipun sudah menggunakan teknologi canggih.

Kredit: Facebook TOKAN Helmet
Kredit: Facebook TOKAN Helmet

Ada juga yang kononnya nak pakai niat bagi menghidupkan motor. Macam-macam.

Kredit: Facebook TOKAN Helmet

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd