Now Reading
“Baik Beli Sayur!” – Netizen Berang Tiket Zoo Teruntum, Kuantan Dijual Dengan Harga RM22

“Baik Beli Sayur!” – Netizen Berang Tiket Zoo Teruntum, Kuantan Dijual Dengan Harga RM22

Ramai juga turut mempersoalkan sama ada tarikan yang ditawarkan di Zoo Teruntum, Kuantan adalah setimpal dengan harga atau sebaliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zoo sememangnya lokasi yang sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak kecil bersuka-ria sambil mengenali segala jenis haiwan yang pernah ditonton oleh mereka menerusi televisyen atau YouTube.

Asyik tengok dalam screen je, bagi tengok depan-depan pula.

Oleh itu, Zoo Negara di Kuala Lumpur juga turut dibanjiri oleh manusia setelah PKP tidak lagi dilaksanakan.

Excited betul dapat jumpa panda, harimau, monyet, dan sebagainya.

Kredit: Udara Rathnayaka/Google Maps

Zoo Teruntum, Kuantan bakal dibuka

Umum sedia maklum, Zoo Teruntum di Kuantan bakal dibuka pada 10 Disember nanti.

Projek edu-tourism penaiktarafan mini zoo itu bermula September lalu dibangunkan dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Antara tarikan yang ditawarkan buat pengunjung adalah:

  • Rumah Hobbit.
  • Dinasour Encounter.

Menurut sumber, Dinasour Encounter ini sudah dibawakan khas kepada warga Kuantan bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas.

Malah, ianya turut mendapat sambutan baik terutamanya kanak-kanak.

Ia merupakan sebuah kawasan yang dikhaskan untuk menempatkan pelbagai jenis replika dinasour yang ada pada zaman dahulu.

Anda juga boleh masuk ke sangkar T-Rex secara percuma jika mendapatkan tiket secara di atas talian.

Beli tiket menerusi Shopee

Untuk pengetahuan anda, tiket untuk masuk ke Zoo Teruntum ini sudah mula terjual menerusi aplikasi Shopee.

Berkenaan harga pula, ianya bermula dari RM22 (kanak-kanak) dan RM25 (dewasa).

Harga untuk kemasukan kanak-kanak, RM22/seorang.
(Kredit: Kuantanloka/Shopee)
Harga untuk kemasukan dewasa, RM25/seorang.
(Kredit: Kuantanloka/Shopee)

Warganet tak setuju dengan harga

Menjengah di media sosial berkenaan harga masuk Zoo Teruntum ini, terdapat segelintir warganet tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

Malah, mereka turut membandingkan harga tersebut dengan harga tiket Jurassic Research Center, Genting Highlands.

Harga penjualan tiket Jurassic Center boleh didapati pada harga lebih murah menerusi Shopee iaitu RM23.50.

Kredit: Kuantanloka/Shopee

Mereka turut menyuarakan bahawa harga tersebut sememangnya murah untuk seorang masuk, namun jika satu keluarga penuh dengan anak-anak kecil dan meraih pendapatan di Kuantan, mungkin tidak sesuai dan harus dikurangkan.

“Contohnya, dua orang dewasa, dan dua orang kanak-kanak – hampir RM100”, kata seorang pengguna Facebook.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Kesimpulannya, rata-rata warganet mengatakan bahawa jika harga kemasukan Zoo tersebut adalah di bawah RM10, barulah sesuai untuk membawa anak-anak dan keluarga.

Buat masa kini, mereka menjelaskan hanya mampu tengok dari luar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd