Now Reading
Jemaah Tak Boleh Bawa Pulang Air Zamzam Dari Mekah? Ini Penjelasan Sebenar

Jemaah Tak Boleh Bawa Pulang Air Zamzam Dari Mekah? Ini Penjelasan Sebenar

Larangan tersebut terpaksa dibuat kerana lapangan terbang yang baharu di Jeddah tidak dilengkapi mesin conveyor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sudah menjadi perkara biasa bagi para jemaah haji dan umrah untuk membawa pulang air zamzam dari Tanah Suci Mekah.

Umum sedia maklum, air zamzam dipercayai kaya dengan pelbagai sumber mineral seperti kalsium, magnesium dan florida.

Ada juga yang berpendapat air ini mampu meningkatkan metabolisme dalam badan dan mencegah penyakit.

Bukan senang tau nak dapatkan air zamzam selain di Mekah.

Kerajaan Malaysia pun sekarang telah melarang penjualan air zamzam ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Individu yang didapati bersalah menjual air zamzam di Malaysia boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Kredit: PDC Travels Sdn. Bhd.

Para jemaah tak boleh bawa balik air zamzam dari Mekah?

Namun, isu mengenai air zamzam ini kembali menjadi bualan ramai selepas tular satu video di TikTok mengenai larangan membawa pulang air berkenaan.

Menurut individu di dalam video tersebut, para jemaah yang berada di Mekah tidak dibenarkan membawa pulang air zamzam walaupun sekadar lima liter.

Bukan itu sahaja, pihak lapangan terbang juga tidak dibenarkan menjual air zamzam lagi seperti sebelum ini.

Mungkin larangan ini merupakan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi.

Oleh disebabkan itu, dia menasihatkan para jemaah untuk menikmati air zamzam sepuas-puasnya sebelum berangkat pulang.

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi – Masjid Besi

Larangan tersebut hanya bersifat sementara

Berikutan isu yang sedang tular itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd iaitu Ida Riswana Idris tampil memberi penjelasan.

Larangan membawa pulang air zamzam adalah bersifat sementara oleh kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) yang baharu di Jeddah masih belum dilengkapi mesin conveyor untuk mengangkut barangan dari satu kawasan ke satu kawasan lain.

Maklumat tersebut diperolehi daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.

Sebenarnya, larangan itu hanya melibatkan Jeddah sahaja.

Jadi, jemaah yang pulang dari Madinah masih dibenarkan untuk membawa pulang air zamzam ke Malaysia.

Kalau difikirkan balik, susah juga kalau tak ada mesin conveyor itu.

Bayangkan jika ratusan ribu botol air zamzam terpaksa diangkat oleh petugas di lapangan terbang setiap hari, penat juga tu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd