Pos Malaysia Beri Amaran E-Mel Palsu Oleh Scammer. Sangat Mengelirukan!
E-mel tersebut juga mengandungi pautan ke laman web yang palsu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini, kita semua dinasihatkan untuk lebih berwaspada dengan apa jua yang dilakukan.
Terlampau banyak kaki scam yang muncul sampaikan dah terbiasa dengan modus operandi mereka. Kadang kala nampak serupa – tapi ada juga yang begitu mengelirukan.
Itu yang bahaya.

Jangan sampai tersungkur.
BACA JUGA: [Video] Buat WhatsApp Group Untuk Kaki Scam, Tindakan Gadis Ini Memang Bernas!
Pos Malaysia dedah modus operandi baharu scammer
Baru-baru ini, syarikat penghantaran barang, Pos Malaysia dilihat telah mengesan taktik baharu scammer untuk menipu serta mendapatkan keuntungan secara ‘kotor’.
Perkongsian tersebut dikongsi oleh Pos Malaysia di laman Facebook pada 23 Oktober.
Paling mengelirukan, scammer itu juga didapati menggunakan logo Pos Malaysia dengan tujuan mengelirukan orang ramai.
Berdasarkan e-mel yang diterima, scammer akan menghantar mesej menyatakan bahawa barang yang dipesan tidak dapat dihantar dan mereka juga meminta untuk dibayar ‘custom duties’ bagi melengkapkan penghantaran dan membolehkan barang yang dipesan sampai ke rumah.
Pos Malaysia juga menggesa orang ramai yang telah menerima emel sedemikian untuk memadamnya dengan segera. Pihak mereka turut meminta kerjasama orang ramai untuk berkongsi hantaran tersebut bagi meningkatkan kesedaran.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak sewenangnya menekan pautan ke laman web palsu yang dilampirkan bersama di dalam e-mel tersebut kerana akan mendedahkan maklumat kad kredit.
Hati-hati semua.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

