Now Reading
Wiski Timah Jelaskan Kontroversi Di Sebalik Maksud Jenama Ini

Wiski Timah Jelaskan Kontroversi Di Sebalik Maksud Jenama Ini

Wiski Timah diinspirasikan daripada era perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Syarikat minuman keras tempatan yang pernah memenangi anugerah terpaksa tampil memberi penjelasan tentang mengapa jenama mereka dipanggil Wiski ‘TIMAH’.

BACA JUGA: For The First Time Ever, A Malaysian Whisky Has Won At The World Spirits Competition

Penjenamaan produk itu menimbulkan kontroversi ketika orang ramai dikatakan menyalah tafsir dan rasa terhina di atas sebab-sebab tertentu.

Seperti yang dibayangkan, kebanyakkan orang mungkin akan keliru perkataan “timah” dengan “Fatima” atau “Fatimah” – perkataan Arab bermaksud “orang yang yang mempengaruhi”, juga merupakan nama popular yang selalu diberikan kepada wanita Muslim.

Beberapa komen yang dijumpa mengenai isu tersebut.
Kredit: Facebook/Twitter

Oleh itu, Timah menjawab dan perjelas isu di sebalik jenama mereka ini.

Mereka mengatakan bahawa perkataan “timah” yang bermaksud “tin” dalam Bahasa Melayu itu diberikan sebagai memperingati era perlombongan bijih timah di Tanah Melayu (macam yang anda tahu, ketika kerajaan British menjajah dan mencuri hasil sumber alam semula jadi yang berharga di negara kita. LOL!)

Timah atau ‘bijih timah‘ didefiniskan dalam Kamus Dewan sebagai bijih logam keputihan dan lembut yang diekstrak daripada bumi.

Mengikut fakta, Tanah Melayu sebenarnya pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia pada abad ke-19.

Kredit: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Sementara itu, ‘ikan timah’ adalah spesies ikan air masin berwarna perak dan sedap dihidang apabila digoreng.

Kredit: Groceries 2 U

Wiski Timah ini juga menjelaskan bahawa gambar lelaki pada botol minuman keras tersebut sebenarnya seorang penjelajah Inggeris popular iaitu Tristram Charles Sawyer Speedy atau lebih dikenali sebagai ‘Kapten Speedy’ – inilah lelaki yang dikatakan bertanggungjawab membawa budaya wiski kepada dunia.

Kredit: Facebook TIMAHWhiskeyOfficial

Timah mengatakan bahawa nama jenama mereka ini dipilih berdasarkan sejarah dan sebarang tafsiran yang tidak berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah di negara ini adalah palsu.

Timah boleh dinikmati oleh orang bukan Islam yang umurnya dibenarkan untuk membuat pembelian alkohol.

Menerusi Facebook.
Kredit: Facebook TIMAHWhiskeyOfficial

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd