Now Reading
Nandos’s Ucap Selamat Tinggal?

Nandos’s Ucap Selamat Tinggal?

Jangan baca tajuk sahaja. Nando’s pun boleh tahan pandai buat suspen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja Nando’s pasti semua orang akan terliur dengan keenakan ayam peri-peri panggang khas mereka.

Ditubuhkan di Johannesburg pada tahun 1987, Nando’s mengendalikan lebih 1,000 gerai di 35 negara. Logo mereka adalah simbol Portugis yang terkenal iaitu Rooster of Barcelos.

Nando’s pakar dalam hidangan ayam dengan sama ada lemon dan herba, mangga dan limau, sederhana, pedas atau lebih pedas peri-peri marinades (dengan betul dikenali sebagai Galinha à Africana).

Hidangan-hidangan tambahan seperti nasi pedas, kentang goreng (dengan sama ada Chicken Salt, atau Peri Peri Salt), salad, jagung bertongkol (mealies), cous cous, popiah Portugis atau salad taman sampingan.

Kredit: Daily Post

Tengah menulis pun dapat rasa kesedapan menu-menu Nando’s ni.

Nando’s ucap Selamat Tinggal?

Syarikat tersebut telah memuat naik satu posting mengucapkan Selamat Tinggal kira-kira empat jam yang lalu. Posting tersebut dimuat naik di Facebook dan tidak dinafikan turut meninggalkan tanda tanya orang ramai.

Goodbye means…? 🙁

Bukan itu jawapannya walaupun ramai yang menganggap sedemikian. Mereka tidak merancang untuk menutup operasi di Malaysia.

Namun sebenarnya, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada pinggan dan mangkuk yang lama kerana restoran ini bakal menerima reka bentuk pinggang yang lebih moden selepas ini.

Kami panik buat seketika, tbh.

Nando’s jual pinggan dan mangkuk dengan harga RM2 sahaja

Menurut laporan Malay Mail, pihak pengurusan Nando’s menjelaskan bahawa pinggan mangkuk baharu yang lebih cantik akan direka oleh seorang seniman muda Afrika Selatan.

Oleh itu, Nando’s akan menjual kembali pinggan mangkuk lama dan hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada NGO (The Lost Food Project) yang membantu golongan yang memerlukan.

Pihak Nando’s akan mula mempamerkan pinggan mangkuk lama di hadapan kedai mulai hari ini (13 Oktober). Namun, setiap pelanggan dihadkan untuk membeli lapan keping pinggan mangkuk sahaja.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd