Now Reading
Crazy Rich Singaporean: Pengasas Shopee Individu Terkaya Di Singapura

Crazy Rich Singaporean: Pengasas Shopee Individu Terkaya Di Singapura

Forest Li dikatakan memiliki kekayaan bernilai $19.8 billion (~RM82.2 billion).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“SHOPEEEEEE!”

Ya, jingle Shopee yang sering mengejutkan orang ramai. Terutamanya pada waktu malam, tiba-tiba notifikasi Shopee berbunyi. Kucing dengar pun berterabur lari.

Lemah semangat kejap.

Kredit: Campaign Asia

Untuk pengetahuan anda, Forest Li Xiaodong merupakan pengasas syarikat Sea Ltd yang juga mempunyai dua buah syarikat terkenal yang bernaung di bawahnya iaitu Shopee dan Garena.

Kedua-dua syarikat ini memperlihatkan peningkatan saham yang positif dari hari ke hari. Susulan itu, ianya sekali gus menjadikan pengasasnya, Forest Li sebagai individu terkaya di Singapura pada ketika ini.

Forest Li miliki kekayaan bernilai $19.8 billion (~RM82.2 billion)

Pengasas Shopee, Forest Li Xiaodong.
(Kredit: The Straits Times)

Forest Li Xiaodong lahir pada 1977 di China kemudiannya berpindah ke Singapura dan menjadi warganegara tetap di sana.

Beliau merupakan Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jutawan Sea Ltd., dan kini dilihat sebagai individu terkaya di Singapura oleh kerana saham syarikatnya kian meningkat.

Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh Bloomberg pada 31 Ogos 2021, beliau dikatakan mempunyai kekayaan bernilai $19.8 bilion.

Sea Ltd merupakan syarikat teknologi yang paling bernilai di rantau Asia Tenggara pada ketika ini dan memperlihatkan peningkatan harga saham yang tinggi.

Tiga pengasas Sea Ltd: Li, Gang Ye, dan David Chen dikatakan telah memulakan syarikat itu pada tahun 2009. Ye, Ketua Pegawai Operasi bernilai $10.8 bilion. Sementara Chen, Ketua Pegawai produk Shopee memiliki nilai bersih $3.6 bilion.

Tidak hairanlah bagaimana ianya membawa kepada nilai kekayaan yang tinggi untuk pengasasnya.

Tambahan pula, menurut seorang Penganalisis Bloomberg Intelligence, Sea Ltd kini dilihat sudah mengorak langkah dalam menceburi industri Fintech menerusi pengenalan ‘Sea Money’ meliputi perkhidmatan kewangan digital.

Di Malaysia pula, Shopee kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan Shopee Food dan turut memfokuskan kepada penawaran ShopeePay.

BACA SINI: Shopee Bakal Memasuki Industri Food Delivery & Kini Mencari Riders Di KL Serta Selangor


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd