Now Reading
Shopee Bakal Memasuki Industri Food Delivery & Kini Mencari Riders Di KL Serta Selangor

Shopee Bakal Memasuki Industri Food Delivery & Kini Mencari Riders Di KL Serta Selangor

Lepas nie boleh shopping dan beli food sekaligus.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja Shopee, pasti orang ramai familiar. Mana tidaknya, asyik duk ‘checkout’ barang je sejak kebelakangan ni. :p

Sampaikan tak ingat parcel apa yang sampai depan rumah. #CanRelate

Tapi kali ini, Shopee Malaysia bagi ‘hint’ bahawa mereka akan memasuki industri Penghantaran Makanan (Food Delivery) pula.

Posting tersebut telah dimuat naik di platform media sosial mereka; Facebook, Instagram, dan Twitter.

Mencari Rakan Penghantaran ShopeeFood

Menurut posting tersebut, Rakan Penghantar ShopeeFood tersebut perlu mempunyai kelayakkan seperti yang tertera.

Salah satunya adalah warganegara Malaysia dengan memiliki kad pengenalan biru yang berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai lesen motosikal (sekurang-kurangnya lesen P dan ke atas).

Selain itu, mereka juga perlu mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 ke atas atau Android 4.4 ke atas.

Paling penting, tiada rekod jenayah lampau PDRM dan tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee.

Kredit: TechNave

Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas dan berminat untuk memohon, boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 + two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd