Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 Sebak Urus Jenazah Ibu Sendiri
Tak dapat bayangkan berada di tempat dia ketika menguruskan jenazah ibu kandung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seperti yang kita tahu, semalam (8 Ogos) merupakan hari di mana Malaysia telah merekodkan jumlah kematian yang tertinggi akibat Covid-19.
360 kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan ianya jumlah tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ringkasan kes kematian baharu Covid-19 pada 8 Ogos 2021 adalah daripada 360 kes kematian yang telah dilaporkan, 85 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).
BACA JUGA: Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi
Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 sebak urus jenazah ibu sendiri
Hari ini telah tular satu tweet yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @IamAjak di mana dia memberitahu orang ramai tentang perasaannya menguruskan jenazah ibu sendiri.
Jika sebelum ini, dia yang bertugas sebagai salah seorang Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 menyatakan bahawa telah menguruskan jenazah-jenazah orang yang tidak dikenalinya.
Namun hari ini, dia menguruskan jenazah ibu kandungnya sendiri.
Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain. Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri. pic.twitter.com/35s7ofe12y
— ARN 🇲🇾🏴 (@IamAjak) August 9, 2021
Sebak, sedih, serta banyak lagi perasaan yang hadir dan tak dapat diungkapkan.
Warganet beri semangat dan ucap takziah
Tweet tersebut telah meraih perhatian orang ramai yang juga turut bersedih dengan pemergian ibunya. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan takziah kepadanya.
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
— Brogas (@Bambang16718164) August 9, 2021
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Semuga Allah ampuni dia,rahmati dia, muliakan kematian dia,lapangkan kuburnya & berikan kesabaran kpd ahli keluarganya & semuga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Saya yakin, dalam ujian ini, saya percaya Allah mengangkat kemuliaan buat Tuan sebagai anak kerana dapat menguruskan bonda dari awal sehingga akhir. Tidak ramai dapat menyentuh orang dikasihi sehingga tanah memisahkan pandangan.
— zamrimohamad (@zamrimohamad) August 9, 2021
Salam takiah bang ajak ! Semoga diberikan kekuatan 😭😭😭 saya sebak dan menangis tengok gambar ni.
— hafizkenny 🇵🇸🏴 (@hafizkenny) August 9, 2021
Al-fatihah
Innalillahiwainnalillahirajiun
— Beautifulmindandsoul (@mrswafirapheal) August 9, 2021
Semoga ALLAH ampuni dosanya dan dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Salam Takziah. AlFatihah
Team TRP mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.