TLDR: Apa Sebenarnya Berlaku Di Sebalik Kekecohan Isu Vaksinasi Pulau Pinang?
Kerajaan negeri Pulau Pinang bertentangan pendapat dengan kerajaan Persekutuan mengenai isu ini.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah menjadi perhatian susulan isu kelulusan vaksin.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendakwa bahawa mereka telah menerima 2,000,000 dos dari sebuah syarikat serta mendesak Putrajaya untuk meluluskannya untuk digunakan di Pulau Pinang. Namun, perkara ini mendapat tentangan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perkara ini tidak dipersetujui oleh Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin, yang mengatakan bahawa beliau melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap syarikat itu dan ternyata tawaran itu adalah palsu.
Macam mana boleh sampai ke sini?

Pulau Pinang beri kenyataan sudah terima tawaran vaksin
Isu tercetus apabila Pulau Pinang mahu pihak Kementerian Kesihatan menyetujui pemberian dua juta dos vaksin Covid-19 dari sebuah syarikat swasta.
Chow berkata, pemberian vaksin akan bermanfaat bagi negeri ini dan mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Nasional untuk mencapai tahap ‘herd immunity’.
Dengan kelulusan itu, dia mengatakan bahawa KKM dapat mengagihkan semula vaksin yang disediakan untuk Pulau Pinang ke negeri lain. Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa Selangor dan Sarawak dibenarkan membeli vaksin mereka tetapi pihak kerajan Pulau Pinang tidak dapat menerima sumbangan tersebut?
Sekiranya Sarawak dan Selangor diizinkan membeli vaksin mereka sendiri, mengapa Kementerian Kesihatan tidak dapat memberikan persetujuan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk menerima sumbangan vaksin itu? Kes di sini semakin meningkat dan ada keperluan untuk kita mempercepat vaksinasi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
KJ turut campur untuk hentikan tuntutan tersebut
Khairy mengadakan sidang media setelah tuntutan kelulusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan turut menjelaskan bahawa tawaran itu adalah palsu.
Dia mengatakan bahawa kesimpulan itu dibuat setelah melakukan pencarian syarikat swasta yang didakwa berpusat di Hong Kong serta memeriksa dengan pembekal vaksin iaitu Sinovac Biotech Ltd.
Menurut NST, dia juga menyatakan kekecewaannya terhadap pemerintah negeri atas tuduhan itu dan mengatakan Program Imunisasi Covid-19 Nasional adalah sesuatu yang tidak boleh dipolitikkan.
Khairy juga mengulangi bahawa Kementerian mengalu-alukan mereka yang ingin membantu kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mendapatkan bekalan vaksin Covid-19.
BACA SINI: [UPDATED] Penang Was Scammed Says Khairy Jamaluddin

Kerajaan Pulau Pinang mahu syarikat swasta tersebut tampil
Setelah Khairy mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudian mengeluarkan kenyataan di mana dia mendesak syarikat swasta yang berjanji untuk memberikan vaksin untuk tampil dan menolak dakwaan tersebut.
Chow berkata, tuduhan KJ adalah serius dan beliau mendesak agar pengarah syarikat tersebut tampil bagi memberi penjelasan serta menunjukkan bukti yang relevan untuk membersihkan nama baiknya.
MalaysiaKini memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri tersebut yang menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan yang sewajarnya setelah menerima tawaran itu melalui surat yang bertarikh 1 Februari.
Bahkan sudah berunding dan menerima pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sebelum membuat keputusan.
Individu di sebalik kekecohan pemberian vaksin akhirnya tampil
Dilaporkan bahawa lelaki yang mengaku sebagai pengusaha di Sabah yang menawarkan dos vaksin menegaskan bahawa tawarannya adalah benar dan bukan penipuan.
Malay Mail memetik kenyataan lelaki yang dikenali sebagai Yong Chee Kong dari syarikat pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong, Xintai Enterprise Development Limited, mengatakan bahawa ianya sama sekali tidak ada kaitan dengan syarikat itu ketika tawaran sumbangan tersebut dibuat kerana dia bertindak atas kemampuan peribadinya dan tidak mahu perkara ini disebarkan.
Sekarang ianya telah menjadi hal politik dan tidak adil bagi saya. Kami hanya ingin menawarkan vaksin, bukannya pemberian wang tunai.
Yong Chee Kong melalui Malay Mail.
Dia turut menjelaskan bahawa tawaran tersebut sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri Sabah, namun setelah diabaikan – dia akhirnya membuka tawaran vaksin tersebut kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.
Saya telah menghubungi kerajan negeri Sabah melalui Ketua Menteri tetapi tiada jawapan. Kerajaan negeri Pulau Pinang datang kepada saya dan berkata jika Sabah menolak tawaran itu, mengapa tidak berikan kepada Pembangkang sahaja?
Yong Chee Kong melalui Malay Mail.
Yong turut menjelaskan bahawa surat yang mempunyai tandatangannya ditulis oleh DAP Pulau Pinang untuk dikemukakan sebagai tawaran rasmi. Malangnya, tertulis alamat peribadinya.
Saya tidak menulis surat itu, ini adalah sesuatu yang diinginkan oleh bos saya di HK, dan ianya tidak sepatutnya tertulis alamat peribadi saya.
Yong Chee Kong melalui Malay Mail.
KJ gesa beri bukti
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Nasional mendakwa selepas itu bahawa ini adalah tuduhan serius dari seorang individu bernama ‘Yong Chee Kong’.
Ini adalah tuduhan yang serius terhadap pejabat saya.
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin
Khairy, menjelaskan pegawainya telah menghubungi ‘Chee Kong’ sebelum ini untuk bertanya adakah dia mempunyai bukti sumbangan yang mahu diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang.
Serious allegation against my office here. My officer got in touch with a person claiming to be Yong Chee Kong. She asked him if he had proof of the donation so we can facilitate it (e.g. order with Sinovac). He said no. He said he has money in an account in Hong Kong. https://t.co/Xhbl35p4o3
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 20, 2021
Jelas Khairy, sekiranya terdapat bukti mengenai sumbangan itu, pihaknya akan mempermudahkan urusan berkenaan seperti memesan vaksin Sinovac keluaran China.
Bagaimanapun, Khairy mengatakan bahawa individu yang terlibat mengatakan bahawa dia tidak mempunyai bukti, sebaliknya dia mempunyai wang di sebuah akaun di Hong Kong, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani.
As I said yesterday, I am happy to facilitate the donation if Mr Yong can prove he can procure the vaccines or make an official contribution to the Government.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 20, 2021
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga menghadiri sidang media kerajaan Pulau Pinang juga telah menawarkan untuk meminta maaf sekiranya perkara itu ternyata adalah penipuan.
Pharmaniaga tampil beri penjelasan tiada kontak yang dibuat
Sementara itu, pengedar tunggal Sinovac di Malaysia, Pharmaniaga baru-baru ini mengatakan bahawa Yong tidak pernah menghubungi syarikat itu untuk membeli vaksin Sinovac.
The Star memetik kenyataan Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Zulkarnain Md Eusope, yang menjelaskan bahawa kedua-dua pihak tidak berhubung.
Mereka tak pernah hubungi kami, dan kami tidak pernah hubungi mereka.
Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope menerusi The Star.
Sementara itu, polis juga telah mengambil keterangan Yong mengenai tawarannya setelah laporan polis dibuat di Pulau Pinang, lapor The Star.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.