Now Reading
[Foto] Rakyat Dilihat Salah Guna Kebebasan. PDRM Tak Teragak Tarik Semula Kelonggaran

[Foto] Rakyat Dilihat Salah Guna Kebebasan. PDRM Tak Teragak Tarik Semula Kelonggaran

Warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya dinasihatkan berpada-pada jika ingin berhibur di luar. SOP perlu dipatuhi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bermula hujung minggu lalu, rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang dilihat menikmati beberapa kelonggaran yang telah diumumkan oleh kerajaan apabila beberapa kawasan telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun, apa yang terjadi adalah keadaan menjadi seperti tidak terkawal di mana rakyat dilihat berkerumun dan berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan sosial dan SOP langsung tidak dipedulikan lagi.

Parah betul kali ini.

Kredit: CeddyOrNot/Nazzzlicious/Thiban_ben melalui Twitter

Situasi ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa di mana mereka turut memberikan amaran tidak teragak-agak untuk menarik semula kelonggaran yang diberikan sebelum ini.

Mana tidaknya, SOP kelaut.

Berhibur tak ingat dunia, sampaikan sanggup bersesak di tempat yang penuh dengan manusia.

Jika dilihat melalui posting di atas, anda boleh menilai sendiri bagaimana rakyat Malaysia kini jelas mengambil kesempatan terhadap kebebasan yang diberikan.

Kalau ditarik balik kebebasan ini, tiada pihak yang boleh dipersalahkan lagi.

PDRM beri amaran

Kredit: Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff menjelaskan bahawa pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal.

Polis menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya. Justeru, polis membuat pemantauan dan hebahan dengan memberi nasihat supaya mereka mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff.

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis turut menyatakan setakat ini mereka akan mengambil pendekatan berhemah dahulu dengan memberi nasihat.

Namun, jika mereka masih berdegil, pilihan terakhir ialah dengan memberi kompaun.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd