Now Reading
“Hari Sebelum Acara Larian Nak Buat Apa?” – Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Merentas Desa

“Hari Sebelum Acara Larian Nak Buat Apa?” – Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Merentas Desa

Antara tips yang dikongsikan oleh lelaki dikenali sebagai Muhd Danial adalah mengelakkan makan makanan berat sebelum larian bermula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda semua tahu, program merentas desa merupakan acara tahunan di peringkat sekolah yang berlangsung sejak dulu lagi.

Walaupun ramai yang berasa teruja dengan perlumbaan itu, namun ada juga segelintir individu mengelakkan diri untuk menyertainya.

Hal ini kerana mereka kurang mengetahui teknik yang betul untuk merentas desa sehingga menyebabkan mereka ‘pancit’ di tengah-tengah perlumbaan.


Lelaki Kongsi Tips Sertai Acara Merentas Desa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dinox450), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muhd Danial berkongsi tips buat mereka yang berniat untuk menyertai acara merentas desa.

Untuk info, hobi Daniel adalah berlari dan dia sering berkongsi pengalamannya menyertai pelbagai acara dalam bidang tersebut menerusi akaun media sosial.

Antara tips yang dikongsi adalah seperti berikut:

#1. Elak Makan Makanan Berat

Sebagai persediaan utama berlari, anda haruslah memastikan keadaan tubuh badan dalam keadaan baik.

Perlu diingatkan juga bahawa anda harus mengelakkan daripada makan makanan berat lebih kurang tiga ke empat jam sebelum bermulanya perlumbaan. Ini bagi mengelakkan perut anda berasa senak dan tidak selesa.

Sumber: Unsplash
#2. Pakai Kasut Yang Sesuai

Umum sedia maklum, anda harus memakai kasut jika terlibat dalam sebarang acara berkaitan dengan sukan. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis kasut sukan boleh didapati di pasaran, sehinggakan anda keliru untuk pilih yang mana.

Bagi mendapatkan keselesaan optimum, anda boleh mendapatkan kasut sukan khas untuk larian.

Sumber: Pexels
#3. Jangan Terus Pecut

Kepada mereka yang menyertai acara merentas desa, sudah tentu anda berhasrat untuk mendapatkan kemenangan sama ada johan, naib johan atau tempat ketiga. Walau bagaimanapun, memecut sebaik sahaja perlumbaan bermula adalah tidak disarankan.

Perkara yang anda perlu praktikkan semasa perlumbaan itu adalah dengan berlari mengikut kedar keselesaan masing-masing.

Mengikut pengalaman penulis sendiri, berlari pecut pada permulaan acara hanya akan membuatkan anda berasa penat dengan cepat.

Sumber: Pexels
#4. Rehat Secukupnya

Bagi memastikan badan anda tidak terlalu lembik semasa hari merentas desa, anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya pada hari sebelumnya.

Anda dinasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya 8 jam, dengan cara ini pelumba akan lebih bertenaga semasa hari tersebut.

Sumber: Pexels
#5. Berlatih Lari Sebelum Acara

Kalau anda lihat golongan yang mahu mendaki bukit atau gunung, kebiasaannya mereka akan berlatih terlebih dahulu.

Sama seperti larian, anda juga perlu meluangkan masa untuk berjoging sekurang-kurangnya 4-5 kali seminggu bagi meningkatkan stamina tubuh badan.

Sumber: Pexels

Hal ini bagi memastikan anda tidak ‘terkandas’ sewaktu perlumbaan sebenar. Bahkan dalam sesetengah kes, ada juga pelumba lari yang mengalami kekejangan otot ketika acara berlangsung.

Memetik Hello Sehat, antara punca keadaan sebegitu berlaku adalah disebabkan kurang pemanasan serta tidak berlatih sebelum melakukan aktiviti fizikal.

@dinox450 TIPS MERENTAS DESA #merentasdesa #tipsrunning #myjourneystory #challengemyself #stravarunner #strava ♬ original sound – Muhd Danial

Danial Sertai Marathon 200KM Ketika Bulan Ramadan

Menjengah ke akaun TikTok Danial, dia telah berkongsi pelbagai video menyaksikannya pengalamannya menyertai marathon larian.

Ada juga yang mencecah sehingga 200km. Lebih menarik adalah dia melakukan perkara tersebut ketika bulan Ramadan yang lalu.

@dinox450 week 3 day 15 ayuh dino #myjourneystory #challengemyself #stravarunner #strava ♬ original sound – DJ KIDD™️🇲🇾

Bulan berpuasa tidak menjadi penghalang buatnya untuk meneruskan minat dan menggapai prestasi mengagumkan dalam bidang larian, memang hebat!

Buat mereka yang sedang berjinak-jinak untuk menceburi bidang larian ini, konten-konten dimuat naik oleh Danial berkemungkinan mampu membakar semangat anda untuk lebih bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Semoga berjaya semua!

Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Umat Islam Join Acara Larian Anjuran Syarikat Yang Amalkan Riba?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd