Now Reading
Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda

Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda

Antara tips paling penting dalam aktiviti larian adalah: Jangan gopoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti larian tidak dinafikan telah mendapat tempat di hati masyarakat di seluruh dunia. Tak kiralah sama ada berada di Malaysia ataupun luar negara, segelintir daripada kita pasti akan ‘mencuri’ masa untuk berlari meskipun sedang bercuti di luar negara.

Nak merasa cuaca negara luar, katanya.

Aktiviti berlari ini sememangnya menyihatkan tubuh badan. Tapi janganlah terus masuk 10km bila baru mula-mula nak berjinak. Naya.

Sumber: On Running

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Umat Islam Join Acara Larian Anjuran Syarikat Yang Amalkan Riba?


Tips Berlari Daripada Pelari Tegar

Jika anda kini sedang membuat persiapan untuk ‘New Year Resolution’ dan antara resolusinya adalah menjadi lebih sihat- pastilah akan bermula dengan bersenam/bersukan.

Jadi, jika anda baru nak memasuki ‘dunia larian’, ini tips berguna buat anda yang disediakan oleh seorang pelari tegar menerusi laman X (@k_munir84). Tapi untuk pelari pemula sahaja.

Kalau dah pro, boleh teruskan membaca tanpa praktik. 😀


#1. Gunakan Kaedah Run-Walk

Run-walk? Apa tu? Lari dan jalan? Untuk pengetahuan anda, kaedah Run-Walk ini telah dipopularkan oleh Coach Jeff Galloway dan ramai juga yang telah menggunakan kaedah ini dalam latihan serta perlawanan larian mereka.

Kaedah Jeff Galloway ialah strategi latihan yang berkesan dan mesra pemula yang menyerlahkan yang menggabungkan rehat berjalan kaki ke dalam rutin latihan. Dengan menggunakan teknik selang run-walk, pelari boleh meningkatkan daya tahan mereka, mengelakkan kecederaan dan menikmati aktiviti larian sepenuhnya.

#2. Jangan Tergopoh-gapah

Jika anda baru nak bermula, elakkan pemikirian ‘too much, too soon’. Dan untuk pengetahuan anda, jika anda berlari terlalu kerap, lama/laju, dan kurang berehat dan kurang recovery run, ia akan menyebabkan kecederaan dan juga ‘burn out’ buat sesetengah orang.

Secara automatik anda akan merasakan aktiviti larian ini tak best.

Pendek kata, boleh berlari sikit-sikit dan perlanan-lahan anda naikkan masa dan jarak. Pace, jangan kacau dulu. Sebab itu jangan gopoh sebab otot dan tulang anda juga perlukan rehat juga, ya.

#3. Meningkatkan Kecergasan Dengan ‘Rest Day’

Menurut Munir, latihan akan memberikan stimulus kepada badan dan untuk memastikan kecergasan anda meningkat, badan seseorng itu perlukan rehat.

“Dalam kita pulun untuk training, jangan dilupakan rest,” jelasnya.

Kesimpulannya, dengar kata badan sendiri. Dan paling penting; jaga stress.

#4. Bernafas Guna Mulut Atau Hidung? Dua-dua Pun OK.

Jawapan bagi soalan ini adalah: Tak kisah.

Dua-dua pun boleh yang penting anda selesa untuk menghirup udara sebanyak yang boleh. Yang mana satu anda selesa, buat sahaja. No right or wrong.


Apa Kesan Larian Pada Badan Seseorang

Bila kita fikirkan tentang badan pelari, mungkin kita bayangkan satu jenis bentuk badan: jangka panjang, ramping, dan berkaki panjang. Tetapi, pelari datang dalam pelbagai saiz/bentuk, dan setiap badan akan bertindak balas secara unik kepada latihan.

Gambar sekadar hiasan.

Walaupun di peringkat elit, badan pelari jarak pendek akan kelihatan berbeza daripada badan pelari maraton, dan latihan pelari sprint akan kelihatan sangat berbeza daripada latihan pelari jarak jauh.

Walaupun begitu, membina tabiat larian akan memberikan impak kepada badan anda. Antaranya:

  • Dapat membina stamina.
  • Membina kekuatan tulang.
  • Dapat tidur yang berkualiti.
  • Risiko penyakit akan berkurangan.
  • Anda akan menjadi pembakar kalori yang cemerlang.
  • Kaki anda akan menjadi lebih kuat.
  • Kesihatan mental dan mood akan lebih meningkat.

Kesimpulannya, jika anda ingin memiliki badan kuat dan peningkatan endorfin, aktiviti larian adalah yang terbaik. Dan kalau anda baru ingin berjinak dengan larian, mulakan dengan jarak yang kecil, kemajuan dengan bijak, dan ‘dengar kata’ tubuh anda. Lakukan sedikit latihan silang untuk keseimbangan, dan amalkan diet yang sihat. Then, you’re good to go! 🙂


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd