Now Reading
Ini 3 Cara ‘Simple’ Untuk Cuci Kerang Dengan Mudah. Senang & Cepat!

Ini 3 Cara ‘Simple’ Untuk Cuci Kerang Dengan Mudah. Senang & Cepat!

Sebenarnya anda tidak perlu menggosok setiap kulit kerang untuk membasuhnya dengan bersih dalam masa yang singkat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti biasa sebelum kita memasak sesuatu hidangan yang melibatkan barangan mentah, ia hendaklah dicuci dengan bersih daripada segala kekotoran bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Antara bahan mentah yang perlu disiang dan dibersihkan adalah seperti ayam, ikan, sotong, ketam, kerang dan sebagainya.

Terdapat beberapa bahagian dalam haiwan-haiwan ini yang tidak elok untuk dimakan atau mempunyai kesan lumpur dan pasir ketika proses ia dikumpul oleh para penternak atau nelayan.


Tips Untuk Cuci Kerang Dengan Bersih

Bagi haiwan yang bercengkerang seperti kerang, cara ia dibersihkan adalah berbeza dengan bahan lain seperti ayam dan ikan kerana mempunyai kulit yang keras.

Pernah terfikir juga, macam mana cara untuk cuci kerang dengan bersih? Takkan nak gosok setiap satu? Bukan apa, takut ia mengambil masa yang lama untuk mula memasak nanti.

Sumber: RASA

Kepada anda yang tertanya-tanya juga, jom kami kongsikan beberapa tips mudah untuk membersihkan kerang melalui video dimuat naik semula di laman X (@prettylupins).

#1. Guna air suam atau panas
  1. Masukkan kerang ke dalam bekas mangkuk.
  2. Tuang air suam atau air panas ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan serbuk soda bikarbonat.
  4. Biarkan sehingga 10 minit.
  5. Bilas kerang sehingga air bersih.
#2. Guna garam dan kunyit
  1. Letakkan kerang ke dalam bekas mangkuk.
  2. Masukkan garam kasar dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
  3. Biarkan selama 20 minit.
  4. Bilas kerang sehingga bersih.
#3. Guna waterjet

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan peralatan yang dipanggil sebagai waterjet. Alatan ini memudahkan proses untuk mencuci kerang kerana hanya perlu menyemburkan air berkelajuan tinggi ke arah bahan tersebut.


Tips Untuk Pilih Kerang Yang Segar

Kalau ada bahan mentah yang segar dan juga sudah busuk, mana satu yang anda akan pilih? Mestilah yang masih segar, betul tak?

Tapi macam mana nak pilih kerang yang segar ya? Mungkin agak mengelirukan bagi mereka yang jarang memasak hidangan ini kerana mempunyai cengkerang yang keras di bahagian luarnya.

Sumber: Motherhood

Memetik sumber MyResipi, terdapat beberapa tips untuk pilih kerang yang segar. Antaranya:

  • Pilih cengkerang yang masih terbuka kerana ia menunjukkan hidupan tersebut masih hidup.
  • Pilih isi cengkerang yang gebu dan padat jika hanya mahu membeli isinya sahaja.
  • Bau terlebih dahulu dan elakkan dari mengambil yang berbau hanyir dan busuk.
Tips Selepas Membeli Kerang

Sebaiknya selepas anda membeli kerang, ia perlulah dimasak terus bagi mengekalkan kesegaran dalam masakan.

Tapi kalau tak nak masak dulu pun tak apa, boleh letak di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Tetapi sebelumnya itu, pastinya anda membasuhnya di bawah air yang mengalir terlebih dahulu.

Sumber: Masak Apa Hari Ini?

Selain itu, anda juga boleh merebus kerang sehingga cengkerang terbuka dengan memasukkan beberapa bahan seperti serai, bawang putih, halia dan garam sebagai penambah rasa.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana!

Baca Artikel Berkaitan: Pengacara Rancangan WHI Perjelas Kenapa Dia Kekok Siang Ikan Ketika Siaran Live

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tak Pandai Siang Ikan Jadi Bualan Hangat Kaum Adam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd