Now Reading
[Video] Orang Lapar Cepat Marah? Ini 5 Tips Kawal Emosi Di Bulan Ramadan

[Video] Orang Lapar Cepat Marah? Ini 5 Tips Kawal Emosi Di Bulan Ramadan

Antara tips untuk mengawal emosi diri ketika bulan Ramadan adalah memperbanyakkan doa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali berpuasa pasti ada di kalangan masyarakat akan berdepan dengan masalah haus sepanjang hari. Rasa dahaga dan lapar melampau pula akan mendorong kepada emosi yang tidak stabil. Bak kata orang, “a hungry man is an angry man.”

Namun begitu, kita haruslah belajar menahan diri daripada haus dan lapar kerana itulah nikmatnya di sebalik berpuasa.

Hal ini kerana daripada cara itu kita boleh menyedari perkara-perkara dilalui oleh sesetengah golongan asnaf apabila mereka terpaksa mengikat perut selama ini.


Tips Kawal Emosi Ketika Bulan Puasa

Baru-baru ini, pakar motivasi terkenal Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi perkongsian di laman TikTok telah berkongsi beberapa tips untuk mengawal emosi ketika di bulan Ramadan.

Jelas Fadzilah Kamsah, Ramadan adalah waktu di mana individu harus belajar mengatasi nafsu sendiri. Buat mereka yang selalu marah disebabkan rasa lapar tu, take note!

Antaranya:

#1. Solat Taubat

Solat sunat taubat haruslah dilakukan setiap hari bagi mendapatkan keredaan-Nya.

Menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, taubat dari sudut istilah yang didefinisikan oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah adalah ibarat satu penyesalan yang mendorong keazaman untuk meninggalkan dosa.

Dengan melakukan solat sunat taubat secara berterusan, anda akan lebih berasa tenang.

Sumber: Pexels
#2. Istighfar 100 Kali

Pakar motivasi itu menjelaskan bahawa musim Ramadan adalah bulan maghfirah atau bulan keampuanan. Oleh disebabkan itu, anda perlulah meminta pengampunan dari Tuhan Yang Maha Esa dengan beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali.

Istighfar tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak semestinya selepas waktu solat sahaja.

Sumber: Pexels
#3. Memperbanyakkan Doa

Tips yang ketiga bagi mengawal emosi ketika berpuasa adalah dengan memperbanyakkan doa. Seperti semua sedia maklum, doa orang yang berpuasa Insya-Allah akan dimakbulkan olehNya.

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ”

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.”

[Riwayat Ibn Majah (1753)]

Oleh itu janganlah anda melepaskan peluang keemasan ini untuk meminta kesabaran dan ketenangan sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: Unsplash
#4. Sukan & Riadah

Jangan terkejut pula, ketika bulan Ramadan ini sudah tentu semua orang akan mudah berasa letih. Sukan dan riadah ringan seperti berjalan di taman juga sudah pun memadai untuk menstabilkan emosi anda.

Janganlah berjoging sampai tiga ke empat kilometer dalam Ramadan. Nak joging, lepas tarawih.

Fadzilah Kamsah.
Sumber: Pexels
#5. Qailulah (Rehat Sebentar)

Yang kelima ada memastikan anda mendapatkan qailulah. Dari sudut Islam, qailulah ditafsirkan sebagai mendapatkan rehat sebentar sebelum atau selepas masuk waktu Zohor.

Amalan tidur sebentar itu akan membekalkan tenaga luar biasa kepada anda untuk menunaikan ibadah tarawih pada waktu malam selain memberikan ketenangan jiwa.

Sumber: Pexels
@mfadzilahkamsah Asal lapar je cepat marah? Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk marah-marah. Ramadhan bulan untuk double kan ibadat & pahala, bukan mencari alasan. Tok Abah dah bagi tips ni, nanti buat ye. Semoga emosi makin tenang untuk berpuasa 😊 #FadzilahKamsah #PakarMotivasiMalaysia #PesanTokAbah #DMFK #inspirer #healingbytokabah #healingbydmfk ♬ original sound – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Amalan Baik Ketika Bulan Ramadan

Seperti yang sudah sedia maklum, Ramadan merupakan satu bulan yang amat mulia dan hanya datang sekali sahaja dalam masa setahun. Oleh yang demikian janganlah pula kita sia-siakan waktu tersebut dengan perkara yang tidak bermanfaat.

Berikut kami kongsikan antara amalan baik yang and boleh lakukan ketika bulan puasa untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Bersedekah.
  • Mendengar podcast ilmiah.
  • Membaca al-Quran.
  • Qiamullail.
  • Memperbanyakkan solat sunat.
  • Ikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.
  • Mencari Lailatul Qadar.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Podcast Untuk Kuatkan Ilmu Agama Di Bulan Ramadan. Jom Dengar!

Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Mulia Daripada 1,000 Bulan” – Baca Doa Ini Untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar

Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd