Now Reading
[Video] “Barulah Confident!” – Peguam Kongsi Cara Hilangkan Nervous Ketika Bercakap Depan Khalayak Ramai

[Video] “Barulah Confident!” – Peguam Kongsi Cara Hilangkan Nervous Ketika Bercakap Depan Khalayak Ramai

Menurut peguam dikenali sebagai Hafiz Baharuddin tahap keyakinannya untuk bercakap lantang depan orang ramai bukanlah datang secara automatik dan perlu dilatih sejak awal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umumnya, kita sebagai manusia perlulah mempunyai keyakinan tinggi lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pelajar kerana perlu berdepan dengan banyak pembentangan dalam kelas.

Tanpa keyakinan, anda akan mudah tertekan dan berasa takut untuk berdepan dengan orang luar. Selalunya golongan tersebut akan mengelakkan diri daripada menyertai aktviti melibatkan sejumlah individu yang ramai seperti Public Speaking (pengucapan awam).

Bagaimanapun, setiap individu perlulah mengatasi masalah tersebut kerana ia boleh memakan diri semasa di alam pekerjaan. Bahkan ia menyebabkan anda mempunyai kurang kemahiran untuk berkomunikasi secara lantang bersama orang tidak dikenali.


Peguam Kongsi Tips Bercakap Depan Khalayak Ramai

Cakna dengan masalah dilalui oleh masyarakat kini, seorang peguam dikenali sebagai Hafiz Baharuddin menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya (@lawyersresponse), telah berkongsi beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk mengasah kemahiran bercakap dengan khalayak ramai.

Menurut Hafiz, tahap keyakinannya untuk bercakap lantang depan orang ramai bukanlah datang secara automatik dan perlu dilatih sejak awal.

#1. Banyak Sertai Aktiviti Akademik

Pertama sekali, Hafiz berkata dia melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berunsurkan akademik semasa berada di bangku sekolah.

Jelasnya, aktiviti sebegitu akan membuka peluang yang lebih besar buatnya untuk berucap di hadapan orang ramai di atas pentas. Antara aktiviti yang disertai oleh Hafiz adalah seperti debat dan Spelling Bee (pertandingan mengeja).

Dia juga telah menyertai pelbagai organisasi dan memberikan ucapan kepada ahli pasukannya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Itulah small scale punya confidence development. Kau ambil situasi yang kecil dan kau build keyakinan bercakap dengan sekumpulan orang mungkin dalam 5 ke 15 orang di mana kau bercerita tentang idea.

Hafiz Baharuddin.
#2. Buat Pembentangan Depan Orang Tak Dikenali

Tambah Hafiz, tahap keyakinan dibina bukanlah 100% daripada pengalaman semasa di alam persekolahan. Tahap keyakinan itu kian bertambah selepas dia memasuki ke institut pengajian tinggi.

Apabila sudah memasuki universiti, Hafiz berkata pelajar akan didedahkan dengan pembentangan kerja yang tidak berkesudahan. Menurut peguam tersebut, pembentangan itu sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan diri.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Namun begitu, dia menasihatkan orang ramai terutamanya para pelajar untuk mencabar diri sendiri melakukan pembentangan serta berhujah di hadapan orang yang tidak dikenali.

Sekiranya hujah anda tidak boleh diterima oleh sekumpulan orang tidak dikenali itu, maka permasalahan utama bukanlah kepada aspek keyakinan diri tetapi penggunaan bahasa atau cara penyampaian masing-masing.

#3. Postur Badan

Kalau anda nak tahu percakapan yang tergagap-gagap dan postur badan tidak betul juga akan membuatkan seseorang itu kelihatan kurang yakin.

Jadi perbetulkan postur badan anda.

“Kalau kau punya body composure pun tak betul, diri pun senget benget asyik bergerak-gerak, walaupun kau boleh bercakap dengan bagus tak semestinya orang akan nampak kau yakin,” ujar Hafiz.

#4. Buat Kajian Tentang Isu Yang Mahu Disampaikan

Jikalau sesuatu isu yang hendah dihujahkan itu bukan kepakaran seseorang, maka dia perlu membuat kajian secara mendalam terlebih dahulu sebelum membuat pembentangan.

Sumber: Pexels

Walaupun selama ini Hafiz dipanggil untuk menyertai sesi podcast mengikut kepakarannya iaitu bidang guaman, namun dia tidak menafikan kepentingan membuat kaji selidik sebelum menyampaikan sesuatu perkara di khalayak ramai.


Netizen Setuju Dengan Tips Diberikan Oleh Hafiz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dan tips diberikan oleh Hafiz.

“Aku sokong kau Hafiz! Apa pun kau cakap sebenarnya aku belajar cara penyampaian dari kau,” ujar seorang lelaki.

Ada juga yang sempat memberikan tips mudah yang lain untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berhujah depan orang ramai.

“Berdiri depan cermin dan bercakap macam dalam temu duga. Itu cara saya kembangkan keyakinan dalam diri,” kata seorang individu.

Semntara itu, ramai juga telah mengucapkan terima kasih kepada peguam berkenaan kerana sudi berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang penyampaian yang lebih baik.

“Kau ajar aku banyak bang, ilmu kau Insya-Allah sampai akhirat,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: 12 Tips Psikologi Untuk Bantu Individu Pemalu Di Luar Sana


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd