Now Reading
Ini 6 Tips Untuk Buat ‘Vision Board’ 2024, Boleh Bantu Capai Azam Tahun Baru!

Ini 6 Tips Untuk Buat ‘Vision Board’ 2024, Boleh Bantu Capai Azam Tahun Baru!

Papan tanda visi atau ‘vision board’ ini membolehkan anda memvisualisasikan impian atau azam untuk tahun baharu.

vision board 2024

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali masuk tahun baru, mesti ramai yang akan berniat untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka dengan memasang azam baharu.

Sesetengah individu mungkin mahu menjadikan tahun 2024 ini sebagai tempoh untuk kembali aktif dalam bersukan, lebih prihatin dengan kesihatan tubuh badan atau konsisten dalam menabung.

Tetapi sebelum itu, anda perlu mempunyai papan visi atau ‘vision board’ yang memberi bayangan tentang kehidupan baharu pada tahun 2024.

Kenapa kena ada ‘vision board’ ini? Apabila anda melihatnya setiap hari, ia seolah-olah akan tertanam dalam minda separa sedar dan anda lebih bersemangat untuk mencapai azam tersebut.


Tips Untuk Buat ‘Vision Board’ Untuk Tahun 2024

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@selfeduni), terdapat beberapa tips berguna yang boleh membantu anda untuk mencipta ‘vision board’ dengan lebih teratur, kemas dan efektif.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

#1. Bahagikan Beberapa Bahagian Dalam Kehidupan
Sumber: Wild Simple Joy

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membahagikan beberapa perkara penting dalam hidupan seperti:

  • Perkembangan diri
  • Kesihatan mental dan fizikal
  • Kerjaya
  • Kewangan
  • Hubungan dengan pasangan, keluarga dan rakan-rakan.
#2. Lakukan Refleksi Terhadap Perkara Yang Sudah Dan Sedang Berlaku
Sumber: Pexels

Sesebuah kehidupan itu akan bertambah baik apabila kita mengambil pengajaran dan iktibar dari perkara yang sudah berlaku.

Dengan menggunakan lima bahagian yang telah disenaraikan pada tips nombor satu di atas, anda boleh membuat analisis dan refleksi diri melibatkan masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan terhadap perkara tersebut.

#3. Tetapkan Azam Yang Jelas
Sumber: Pexels

Azam yang mahu dikecapi itu perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi usaha dan strategi anda untuk mendapatkannya.

Apabila azam atau impian itu jelas, anda juga akan tahu untuk mengambil langkah seterusnya bagi menjadi seseorang yang diimpikan seperti lebih aktif, kaya dan sebagainya.

#4. Visualisasikan Impian
Sumber: Wild Simple Joy

Selain dengan membayangkannya di dalam minda, cara lain untuk anda memvisualisasikan azam berkenaan adalah dengan memilih gambar yang hampir sama dengan bayangan anda.

Di Internet ada pelbagai jenis gambar. Kalau nak gambar yang estetik, boleh cari di Pinterest. Banyak juga yang best.

#5. Percaya Dengan Azam Yang Ditetapkan
Sumber: LinkedIn

Anda tak perlu melihat ‘vision board’ yang dicipta setiap hari. Cukup dengan menanam rasa percaya dalam diri bahawa azam berkenaan boleh dikecapi sebelum penghujung tahun.

#6. Tetapkan Strategi Dan Sistem Untuk Capai Impian
Sumber: Freepik/ Pexels

Langkah yang terakhir adalah dengan membina strategi dan sistem bagi membolehkan impian yang diletakkan dalam ‘vision board’ anda bertukar dari angan-angan kepada realiti.

Percayalah, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini kalau kita rajin berusaha.

Semoga tips perkongsian ini dapat membantu anda mencipta papan visi dengan lebih teratur dan jangan lupa untuk hiasnya dengan cantik.


5 Tips Untuk Ubah Diri Ke Arah Lebih Baik Pada Tahun Baharu

Tahun baru, tak salah untuk kita juga membentuk diri yang baharu ke arah lebih positif.

Jom kami kongsikan beberapa tips dari pakar motivasi Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah bagi mereka yang mahu memperbaiki diri pada tahun ini.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti:

  • Bijak menguruskan masa.
  • Fokus pada satu perkara dalam satu masa.
  • Lakukan perubahan kecil secara berterusan.
  • Kurangkan negativiti dan hanya beri tumpuan kepada perkara positif sahaja.
  • Bina ramai kenalan dengan golongan intelektual.

Semoga tahun 2024 ini memberi lebih banyak berita positif kepada kita semua!

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd