Now Reading
Anda Mudah Panas Baran? Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Kawal Rasa Marah Dalam Diri

Anda Mudah Panas Baran? Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Kawal Rasa Marah Dalam Diri

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkata sifat amarah dalam diri boleh menjadi penghancur kepada segala-galanya jika ia tidak dikawal dengan rasional.

tips kawal rasa marah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasaan marah dalam diri adalah sesuatu yang normal kerana ia merupakan salah satu sifat yang dicipta oleh Allah SWT untuk manusia.

Kebiasaannya perasaan marah akan timbul apabila seseorang berdepan dengan perkara yang kurang menyenangkan diri mereka.

Namun jika perasaan tersebut tidak dikawal, ia boleh memberi kesan buruk sehingga boleh menjatuhkan imej diri atau orang lain tanpa sedar.


Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Petua Untuk Kawal Rasa Marah

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @fadzilahkamsah_), pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkata peristiwa yang berlaku baru-baru ini memberi pengajaran bahawa sifat amarah dalam diri boleh menjadi penghancur kepada segala-galanya.

Oleh itu, pakar motivasi ini memberikan beberapa petua bagi membolehkan seseorang mengawal kemarahan mereka.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

#1. Teknik Bernafas Yang Betul
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Teknik pernafasan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan formula 5-3-5. Caranya boleh dilakukan seperti berikut:

  • Tarik nafas: 5 saat
  • Tahan nafas: 3 saat
  • Hembus nafas: 5 saat
#2. Minum air masak
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Ketika seseorang berasa marah, ia seolah-olah ‘api’ di dalam badan. Salah satu cara bagi meredakan kemarahan adalah menyeimbangkan semula emosi dengan meminum air masak.

Minum segelas dua pun sudah cukup.

#3. Bertindak Dengan Rasional
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Apabila kemarahan mula reda, luahkan perasaan anda dengan tegas dan bertindak dengan rasional sekiranya perlu.

Ini kerana setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Jadi, anggaplah dugaan yang berlaku itu sebagai ujian bagi meningkatkan darjat kita sebagai hamba-Nya.

#4. Cuba Cari Penyelesaian Yang Terbaik
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Kenal pasti solusi terbaik kerana kemarahan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah. Menurut Dr Fadzilah Kamsah, hanya hati yang tenang sahaja akan menang.

#5. Rehatkan minda
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Apabila sedang marah, cuba untuk merehatkan minda dengan aktiviti yang tenang seperti mendengar muzik, bersenam, beriadah dan sebagainya. 

Sebagai manusia, tidak salah untuk kita berasa marah tentang sesuatu kerana ia adalah fitrah manusia yang mempunyai pelbagai emosi.

Namun, janganlah sehingga perasaan marah itu menguasai diri sehingga memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda di luar sana bagi mengawal rasa marah dalam diri.


Tips Untuk Membentuk Diri Menjadi Seseorang Lebih Baik Sebelum Masuk Tahun Baharu

Kurang dari tempoh dua minggu, kita bakal memasuki tahun 2024. Setiap kali tahun baru, mesti ramai yang akan memasang azam untuk mengubah diri mereka.

Jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda menjadi seseorang yang lebih baik dan memperbaiki beberapa aspek seperti:

  • Bijak menguruskan masa.
  • Bijak mengutamakan perkara yang lebih penting.
  • Melakukan perubahan kecil secara berterusan.
  • Mengurangkan negativiti dan hanya fokus kepada perkara positif sahaja.
  • Membina ramai kenalan dengan golongan intelektual.

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd