Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil
Untuk rekod, sijil SPM & PMR akan dikenakan caj sebanyak RM30.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sudah menjadi kebiasaan jika anda memohon kerja di mana-mana syarikat sekalipun, terutamanya yang baru sahaja ‘grad’ pasti akan diminta sijil pendidikan tertinggi yang anda miliki.
Tak kisahlah PMR atau SPM, pasti anda harus memberikan salinan kepada bakal syarikat yang anda akan bekerja itu, bukan?
BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat
Tapi masalahnya sekarang, kalau sijil PMR atau SPM dah hilang, tak jumpa cari, bagaimana pula?
Jangan risau, ada caranya untuk anda dapatkan semula sijil berkenaan.
Muat Turun Aplikasi Lembaga Peperiksaan Malaysia
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Lembaga Peperiksaan Malaysia (e-Lembaga Peperiksaan) terlebih dahulu menerusi Google PlayStore atau AppStore.
Jika sudah menjumpai keputusan peperiksaan anda yang hilang itu, boleh pilih sama ada anda ingin mengambil sijil berkenaan sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan kurier.
Kalau nak pos, pasti ada cajnya. Paling-paling pun RM10 sahaja.
Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan.
Anda juga boleh klik di LINK INI terus jika malas memuat turun aplikasi. Isikan butiran yang diperlukan dan log masuk. Jika belum mempunyai akaun, bolehlah daftar terlebih dahulu.
Antara Cara Lain Untuk Mohon Sijil
1. Terus Ke Lembaga Peperiksaan.
Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).
2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibu bapa/suami/isteri dan adik-beradik)
Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.
Lepas ini tak perlu susah-susah lagi untuk ke sekolah lama, cari sijil yang sudah hilang. Kini kesemuanya di hujung jari, dan anda dah boleh cari kerja selepas dapat sijil-sijil anda.
Good luck! 🙂
BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.