Grab Uji Ciri ‘Quiet Ride’ Untuk Penumpang Yang Tak Mahu Berborak Dengan Pemandu
Fungsi ‘Quiet Ride’ yang sedang diuji oleh Grab membolehkan para penumpang untuk tidak memulakan sebarang perbualan kecil dengan pemandu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kadangkala bila naik Grab nak balik rumah lepas habis kerja, memang ‘mood’ agak kurang sikit dan hanya ingin berdiam kerana penat bekerja seharian di pejabat.
Ada pula yang jenis naik Grab terus senyap sebab memang jenis tak banyak cakap dengan orang yang tidak dikenali.
Kepada mereka yang sering menggunakan Grab untuk pergerakan seharian, ada berita untuk anda.
Grab Uji Fungsi ‘Quite Ride’ Di Malaysia Untuk Kurangkan Perbualan Kecil Dengan Pemandu
Kepada anda yang tidak mahu berborak dengan pemandu Grab ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing, permintaan anda mungkin dapat direalisasikan.
Grab kini sedang menguji ciri terbaharu mereka iaitu ‘Quiet Ride’ di mana penumpang tidak perlu lagi memulakan sebarang perbualan kecil dengan pemandu ketika dalam perjalanan.
Fungsi ini boleh digunakan dengan cara membalas mesej menerusi GrabChat dengan menaip ‘Quiet Ride’ selepas tempahan dilakukan.

Memetik laporan Lowyat.Net, ciri ‘Quiet Ride’ ini masih belum dirasmikan di Malaysia dan bakal diuji terlebih dahulu bermula Jumaat ini (7 Oktober).
Walau bagaimanapun, beberapa pemandu Grab memberitahu bahawa ciri ini sebenarnya sudah mula diuji di Malaysia sejak bulan April lalu.

Pemandu Masih Boleh Bertanya Soalan Penting Kepada Pengguna
Memilih fungsi ‘Quiet Ride’ tidak bermakna pemandu tak dibenarkan untuk bercakap langsung dengan penumpang mereka di dalam kereta.
Grab memaklumkan kepada Lowyat.Net bahawa pemandu masih boleh bertanya beberapa soalan penting seperti pilihan jalan untuk ke destinasi, tahap kesejukan pendingin hawa dan juga muzik yang dimainkan.

Tempoh percubaan untuk ciri ‘Quiet Ride’ ini juga telah diperluaskan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Fungsi ini juga sedang dimulakan di beberapa lokasi berikut bagi pengguna Grab terpilih seperti di:
- Ipoh, Perak
- Johor Bharu, Johor
- Kota Kinabalu, Sabah
- Melaka
Selain Malaysia, fungsi ini juga diuji di Filipina dan juga Vietnam.
BACA JUGA: Grab Offers Sign-Up Bonus Of Up To RM1,000 To Attract New Drivers
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.