Now Reading
Complete Human Network (CHN), Apple & PIKOM Anjur Seminar Untuk Maju Di Era Kerja Hibrid

Complete Human Network (CHN), Apple & PIKOM Anjur Seminar Untuk Maju Di Era Kerja Hibrid

Seminar ini adalah berpaksi pada IT dan peranti mudah alih serta penyelesaian bagi menangani kerisauan umum tentang konsep perlaksanaan aturan kerja fleksibel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pandemik Covid-19 tidak dinafikan telah mengajar dan memperkenalkan tentang produktiviti bekerja secara hibrid, ataupun bekerja dari rumah (WFH).

Malah, sehingga kini masih ada beberapa syarikat yang mewujudkan aturan bekerja dari rumah meskipun virus dilihat sudah terkawal apabila majoriti rakyat sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Bekerja secara hibrid ini sebenarnya mampu meningkatkan produktiviti. Yang penting, kerja siap, bos pun senang hati.


Complete Human Network (CHN), Apple & PIKOM Anjur Seminar Bantu Syarikat Di Malaysia Maju Di Era Kerja Hibrid.

Complete Human Network (CHN) merupakan syarikat “Enterprise Mobility” tempatan juga pemenang pelbagai anugerah dalam bidang mobiliti telah bekerjasama dengan Apple dan Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menganjurkan seminar “Managing and Securing Mobile Employees in a Hybrid World” bagi menangani jurang yang timbul dalam persekitaran gaya kerja hibrid.

Seminar ini juga merupakan susulan daripada Apple’s 2022 WWCD (Worldwide Developers Conference) yang menyasarkan penyertaan pengurusan IT dan ITC dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang amalan terbaik buat melaksanakan model kerja selamat dan fleksibel untuk pekerja dalam persekitaran kerja hibrid.

Memandangkan ekonomi tempatan telah mula beroperasi sepenuhnya, pihak majikan perlu bersedia dalam mengimbangi kebolehlaksanaan pengaturan waktu kerja fleksibel selaras dengan tuntutan pekerja yang semakin meningkat di Malaysia.

Bulan lalu, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyeru tentang keperluan melatih kakitangan sumber manusia dan ketua jabatan dengan pengetahuan dan infrastruktur untuk membangunkan dasar tangkas buat tenaga kerja hibrid.

Teh Chai Peng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Complete Human Network (CHN).

Kami percaya bahawa seminar ini telah memberi pencerahan kepada syarikat tempatan untuk berkembang menjadi majikan yang terbuka dan menyokong konsep gaya kerja hybrid. Seminar ini telah memberi pencerahan tentang peranti, sistem dan fungsi dari Apple agar  pengurusan kerja hibrid menjadi lebih senang. Terdapat juga sesi perkongsian dari Apple mengenai cara bagaimana syarikat mereka mengendalikan persekitaran kerja hibrid, yang membolehkan syarikat lain mengambil contoh amalan terbaik dari salah satu syarikat terkemuka di dunia.

Teh Chai Peng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Complete Human Network (CHN).

Panduan Mengenal Pasti Peranan Utama Peranti Dalam Strategi Tenaga Kerja Hibrid.

Dengan tujuan untuk membantu syarikat berjaya dalam menyesuaikan diri dengan perubahan landskap kerja, seminar ini memberi panduan dalam mengenal pasti peranan utama peranti dalam strategi tenaga kerja hibrid.

Ia termasuk memahami sifat pengaturan gaya kerja ini dan memilih peranti yang sesuai untuk suasana bekerja dari rumah mahupun di pejabat tanpa sebarang kompromi kepada keselamatan data syarikat dan staf.

Seminar yang dianjurkan selama setengah hari itu turut menampilkan pembentangan daripada wakil Apple mengenai produk-produk Apple yang dicipta khas untuk kerja pengurusan data secara selamat di dalam persekitaran kerja hibrid.

Terdapat juga pembentangan istimewa daripada wakil Apple yang mendalami cara-cara Apple menguruskan pekerja IT mereka serta diikuti dengan pembentangan daripada James Choong, Pengarah Pembangunan Perniagaan di CHN – mengenai Enterprise Mobility as-a-Service (EMaaS).

Mengulas tentang keperluan IT sebagai solusi perkhidmatan yang signifikan untuk syarikat pada era gaya kerja hibrid ini, Ngoh Chee Hung Timbalan Pengarah, PIKOM CIO Chapter mengesahkan bahawa model Enterprise Mobility as-a-Service (EMaaS) yang ditawarkan oleh CHN berupaya menangani cabaran dihadapi oleh perusahaan dan perniagaan dalam melaksanakan penempatan peranti di pelbagai kawasan dengan sumber sokongan yang terhad terutama dari segi pengurusan peranti tersebut.

Pihak SME bukan sahaja akan meraih manfaat dari segi pengurusan dan keselamatan IT malah ia juga akan memudahkan pengurusan aliran tunai. Enterprise Mobility as-a-Service (EMaaS) semestinya merupakan model pilihan terbaik yang perlu digunakan oleh semua syarikat

Ngoh Chee Hung Timbalan Pengarah, PIKOM CIO Chapter.

Kerja Hibrid Pada Tahap Holistik

Credit: Freepik

Seminar ini diakhiri dengan perbincangan mendalam mengenai topik kerja hibrid pada tahap holistik yang menampilkan wakil daripada sektor pendidikan, PKS, komuniti “Start-Up” dan perusahaan komersial.

Ahli panel terdiri daripada Dr Wagheeh Shukry Hassan Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Pendidikan dan Teknologi (BTSP) di bawah Kementerian Pendidikan, Ahmad Kashfi Abdullah Naib Presiden Kanan Cradle Fund dan Pedro Aleixo Ketua Strategi Perusahaan & Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad.

Sesi selama setengah jam itu menyaksikan ahli-ahli panel merungkai pelbagai kebimbangan dan cabaran yang dihadapi oleh industri mereka dalam menyesuaikan diri kepada permintaan hibrid dalam dunia pasca pandemik ini.

Ia termasuk perbincangan tentang kos lebih efisien, produktiviti konsep jarak jauh, pengendalian tenaga kerja di seluruh negara, pelajaran dan pembelajaran jarak jauh, peranti Apple yang akan datang dan cara ia boleh membantu memudahkan operasi secara hibrid.

Sebagai langkah persediaan masa hadapan, syarikat bukan saja hanya perlu memandang untuk memenuhi permintaan transformasi digital akan tetapi setiap aspek dalam menyokong tenaga kerja hibrid, terutamanya apabila pekerja kini mementingkan keseimbangan di antara kerja dan gaya hidup. Ini merangkumi pilihan pekerja dalam jenis peranti teknologi yang diingini serta mewujudkan ekosistem yang lancar dalam memudahkan pilihan mereka bekerja secara fleksibel dan dari jarak jauh

Teh Chai Peng, Ketua Pengawai Eksekutif CHN.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd