Tablet Percuma Buat Pelajar IPT Keluarga B40 Boleh Mula Dimohon Bermula April 2022
Tablet percuma ini bakal ditawarkan untuk kesemua pelajar sepenuh masa dari keluarga golongan B40 dan akan memberikan manfaaat kepada 600,000 orang pelajar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Menerusi Belanjawan 2022, pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara di bawah inisiatif: PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
Tablet percuma ini boleh mula dimohon bermula daripada pertengahan bulan April 2022 dan dijangka akan mula diterima oleh para pelajar pada Jun 2022.
Siswa siswi dari keluarga miskin dan B40 yg mengikuti kursus diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS,yg memerlukan peranti utk pembelajaran ,boleh memohon peranti di bawah PERSIS(Program Peranti Siswa-KKMM) mulai pertengahan April ini.Peranti akan di sediakan mulai JUN 2022. pic.twitter.com/jCdx75tQEA
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 4, 2022
Tablet percuma ini bakal ditawarkan untuk kesemua pelajar sepenuh masa dari keluarga golongan B40 dan akan memberikan manfaaat kepada 600,000 orang pelajar.
Seperti pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul, pihak kerajaan juga telah memperuntukkan sekitar RM450 juta (RM750 setiap seorang) untuk meneruskan inisiatif ini.
Selain peruntukan daripada kerajaan, syarikat telekomunikasi yang dijangka terlibat dengan penawaran pakej PerantiSiswa ini adalah:
- Celcom Axiata Berhad (Celcom)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
- Maxis Berhad (Maxis)
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- YTL Communications Sdn Bhd (YES)
Tujuan pakej ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan pihak tertentu.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, sila layari laman web SKMM di [LINK INI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.