Now Reading
Pelajar Seven Skies International School Raih Anugerah Subjek Terbaik Seluruh Malaysia Bagi Ujian IGCSE

Pelajar Seven Skies International School Raih Anugerah Subjek Terbaik Seluruh Malaysia Bagi Ujian IGCSE

Zoha Habeebullah yang berusia 16 dari Seven Skies International School turut meluahkan rasa syukur selepas memperolehi kejayaan di Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge.

Zoha Habeebullah seven skies international school

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zoha Habeebullah, pelajar dari Seven Skies International School (SSI) yang merupakan sebuah institusi pendidikan Islam antarabangsa yang berkualiti di Malaysia telah dianugerahkan dengan pencapaian Top In Malaysia untuk sukatan pelajaran Islamiyat IGCSE Cambridge di Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge, pada 27 November 2023 lalu.

Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge adalah anugerah yang mengiktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan Cambridge di seluruh dunia, dengan pelbagai kategori anugerah seperti Top in the World dan Top in Country

Zoha Habeebullah, 16, memperoleh markah standard tertinggi di Malaysia bagi sukatan pelajaran Islamiyat dalam siri peperiksaan pada Jun 2023.

Cambridge IGCSE Islamiyat diiktiraf oleh universiti dan para majikan sebagai bukti pencapaian dan pemahaman sukatan pelajaran agama Islam.

Dalam hal ini, mata pelajaran Islamiyat IGCSE melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang merangkumi pemahaman utama tentang Islam, sejarah awal masyarakat Islam, pelajaran Al-Quran dan Hadis dalam bahasa Arab, serta pemahaman tentang impak agama Islam kepada kehidupan Muslim di seluruh dunia.

Sumber: Facebook Seven Skies International School

Kecemerlangan Zoha Buktikan Komitmen Sekolah Untuk Hasilkan Pelajar Cemerlang

Pengetua Seven Skies International School, Djohann Iskandar Kwan Abdullah berkata, “Pencapaian cemerlang Zoha bukan sahaja mencerminkan ketekunannya dalam pelajaran tetapi juga menjadi bukti kepada bimbingan dan komitmen luar biasa guru-gurunya.

“Seven Skies International School komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan kejayaan Zoha dalam memperoleh markah tertinggi di negara ini adalah paparan kepada standard tinggi yang menjadi penanda aras kami.

“Sebagai pengetua, saya mengucapkan tahniah kepada Zoha dan guru-gurunya atas pencapaian yang cemerlang ini. Kejayaan ini merupakan cerminan kepada kualiti pendidikan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif kami sediakan di Seven Skies International School”.


Penerima Anugerah Syukur Atas Kejayaan Yang Dimiliki

Dalam pada itu, Zoha yang menerima anugerah tersebut turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan yang dikecapi.

Gambar sekadar hiasan.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Saya amat berbesar hati, gembira dan bersyukur di atas anugerah ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang bersama saya dalam menempuhi perjalanan ini.

“Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi menjadi tonggak yang membimbing saya pada setiap langkah. Saya menerima anugerah ini sebagai wakil daripada Seven Skies International School dan ia merupakan satu rahmat dan bukti bahawa jika kita berusaha, tiada yang mustahil.

“Ia menjadi satu teladan bukan sahaja kepada diri saya, tetapi juga kepada semua orang bahawa sebarang cabaran boleh diatasi dengan iman dan sokongan orang tersayang” kata penerima anugerah, Zoha Habeebullah.


Maklumat Tentang Seven Skies International School

Ditubuhkan pada 2014, Seven Skies International School yang terletak di Shah Alam, Selangor menggunakan kerangka Early Years Foundation Stage (EYFS) UK untuk pelajar tadika dan UK National Syllabus untuk pelajar rendah manakala IGCSE Cambridge pula untuk pelajar sekolah menengah peringkat O Level.

Para pendidik di Seven Skies International School menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam menyampaikan pendidikan yang komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pelajar bagi memberi persediaan kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan dan kehidupan di luar bilik darjah.

Sumber: YouTube Seven Skies International School

Guru-guru yang mendidik sentiasa mengutamakan perkembangan pelajar dalam aspek kesejahteraan, kepimpinan dan pembangunan sahsiah, menerusi pendedahan kepada pelbagai bengkel dan program dalam bidang ini. 

Pelajar dididik dengan kurikulum Pendidikan Islam yang kukuh yang memfokuskan kepada tiga teras iaitu: Pengajian Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Dengan laluan kurikulum yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pelajar juga dibentuk untuk menjadi individu yang yakin, bertanggungjawab, reflektif, inovatif dan cekal.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Seven Skies International School, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd