Now Reading
PRU15: Baram Akan Mengundi Hari Ini, 21 November

PRU15: Baram Akan Mengundi Hari Ini, 21 November

Proses pengundian untuk Parlimen P.220 Baram telah digantung pada 19 November susulan cuaca yang tidak mengizinkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi satu kenyataan pada 19 November telah memaklumkan keputusan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram.

Ia disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat, ataupun air.

Oleh itu, beberapa kawasan dan saluran telah dilaporkan terjejas.

BACA LANJUT: PRU15: Pusat Mengundi Di Parlimen Baram Digantung Atas Sebab Cuaca Buruk


Parlimen P.220 Baram Akan Adakan Proses Pengundian PRU15 Hari Ini, 21 November 2022

Walau bagaimanapun, SPR hari ini telah memaklumkan akan mengadakan proses pengundian bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram pada 21 November (Isnin) susulan daripada penggantungan proses pengundian pada 19 November lalu disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Senarai pusat mengundi terlibat beserta waktu dan tempat mengundi (saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Sekolah Kebangsaan Long Naah: (Saluran 1 & 2) 7:30am – 1pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Luteng: (Saluran 2) 7:30am – 2pm.
  • RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah: (Saluran 1 & 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Sait: (Saluran 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Tungan: (Saluran 1 & 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Moh: (Saluran 1 & 2). 7:30am – 1pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Mekabar: (Saluran 1). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Jekitan: (Saluran 1 & 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Lamei: (Saluran 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Lio Mato: (Saluran 1 & 2). 7:30am – 12pm.
  • Sekolah Kebangsaan Long Banga: (Saluran 1). 7:30am – 12pm.
  • RH. TK John Jau Wan Lg. Seminang: (Saluran 1). 7:30am – 12pm.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd