PRU15: Pusat Mengundi Di Parlimen Baram Digantung Atas Sebab Cuaca Buruk
SPR turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian baharu akan diumumkan apabila pekerja dan pengundi selamat sampai ke pusat mengundi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, hari ini (19 November), jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara dilihat telah keluar menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Walau bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia sebenar tadi telah mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir di 8 buah negeri sekitar Malaysia.
BACA LANJUT: PRU15: MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 8 Buah Negeri
Pusat Pengundian Parlimen P.220 Baram Digantung
Terkini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram kerana keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat, ataupun air.
Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:
- Sekolah Kebangsaan Long Naah
- Sekolah Kebangsaan Long Luteng
- RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah
- Sekolah Kebangsaan Long Sait
- Sekolah Kebangsaan Long Tungan
- Sekolah Kebangsaan Long Moh
- Sekolah Kebangsaan Long Mekabar
- Sekolah Kebangsaan Long Jekitan
- Sekolah Kebangsaan Long Lamei
- Sekolah Kebangsaan Lio Mato
- Sekolah Kebangsaan Long Banga
SPR turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian baharu akan diumumkan apabila pekerja dan pengundi selamat sampai ke pusat mengundi.
[ KENYATAAN MEDIA ]
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022
PENGGANTUNGAN PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN P.220 BARAM, SARAWAK pic.twitter.com/ERS0Rpdo2V
BACA JUGA: PRU15: Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi Johor
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.