Now Reading
Ikuti 5 Tips Ini Untuk Atasi Masalah Tak Tahan Lapar & Dahaga Ketika Berpuasa

Ikuti 5 Tips Ini Untuk Atasi Masalah Tak Tahan Lapar & Dahaga Ketika Berpuasa

Cuba dulu dan tengok result nanti. Kalau menjadi, boleh praktik tips ni hari-hari.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Memang normal kalau badan tak boleh terima perubahan yang drastik ketika puasa hari pertama. Untuk mereka yang kebiasaannya makan 4-5 hidangan dalam sehari, mesti akan rasa ‘struggle’ pada hari pertama berpuasa. Kan?

Tapi sekejap je nak ‘adapt’, lama-lama akan OK punya.

(Kredit GIF: Gfycat)

Try ikuti tips yang kami sediakan kat bawah ni untuk bantu korang tahan lapar dan dahaga masa puasa. Mana tahu menjadi!

1. Amalkan makan kurma masa berbuka dan sahur

(Kredit gambar: Keluarga)

Buah kurma kaya dengan serat dan nutrisi sebab buah ini dikeringkan sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakkan buah-buahan segar lain.

Malah, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting serta manfaat lain yang mungkin ramai tak tahu. Sebab itulah pengambilan kurma ketika berbuka dan sahur mampu memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan anda.

Try la.

2. Kurangkan pengambilan garam

(Kredit gambar: CNN Indonesia)

Waktu sahur, elakkan pengambilan makanan yang terlalu masin sebab lauk-pauk yang masin akan membuatkan tubuh anda cepat berasa kering dan dahaga. Ini disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air yang lebih banyak untuk membasmi rasa masin tu.

Jadi, cuba untuk elak makanan masin OK?

3. Ambil nasi dengan kuantiti yang berpada

(Kredit gambar: Keluarga)

Selalunya orang fikir, kalau makan banyak masa sahur, mesti boleh tahan lapar lebih lama. Tidak ye.

Pengambilan nasi terutamanya – haruslah berpada-pada untuk senang dihadam. Sebab itulah corak pemakanan yang berbeza perlu dipraktikkan ketika berpuasa. Baru boleh tahan lapar dan dahaga selama 12 jam.

4. Elak makanan pedas

(Kredit GIF: Giphy)

Kalau boleh, elakkan makanan berempah dan terlalu pedas sebab ia akan merangsang pengeluaran banyak asid gastrik. Untuk berpuasa selama 12 jam, sangatlah tak sesuai.

Kalau korang jenis yang tak boleh makanan tak pedas, buatlah pengecualian masa sahur. Kalau nak pedas sikit, makan masa berbuka.

5. Banyakkan makan buah-buahan masa sahur

(Kredit GIF: PicsArt)

Kalau susah sangat nak minum 8 gelas air putih setiap hari, cuba ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, strawberi dan epal hijau. Atau boleh juga ambil buah-buahan lain sebab setiap buah-buahan yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendiri.

Tak susah pun kan? Cuba dulu seminggu puasa ni, tengok result macam mana. 🙂


Jom kongsi pengalaman menarik anda pada bulan Ramadan bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13 + 13 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd