Now Reading
Bask Bear Lancar Menu Baharu, Roti Bakar Bersama Sambal Nasi Lemak Dari Restoran Village Park

Bask Bear Lancar Menu Baharu, Roti Bakar Bersama Sambal Nasi Lemak Dari Restoran Village Park

Menu Bask Bear Sambal Toasties by Village Park ini hanya djual untuk tempoh terhad sahaja iaitu dari 4 sehingga 31 Januari 2024 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali fikir untuk menu sarapan, mesti ramai yang akan termenung lama. Kadangkala rasa macam nak makan roti je sebab azam tahun baru ini nak diet.

Tapi kalau dapat nasi lemak pun okey juga, lagi-lagi yang dijual di Restoran Village Park. Terliur pula sambil menulis ni ya.

Kalau korang ada dalam situasi dilema seperti ini, ada satu berita baik untuk korang semua.

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!


Bask Bear Lancar Menu ‘Toasties’ Terbaharu Bersama Sambal Nasi Lemak Village Park

Minuman kopi Bask Bear telah menyambut tahun baru 2024 dengan memperkenalkan kombinasi menarik pada hidangan roti bakar mereka bersama Village Park.

Bask Bear Sambal Toasties by Village Park adalah menu roti bakar yang diseimbangkan dengan rasa pedas dari sambal Nasi Lemak Village Park yang terkenal.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, mereka mahu menambah kecerian dalam kalangan pelanggan dengan penghasilan hidangan unik ini bersama sambal yang cukup popular dalam kalangan masyarakat.

Sekitar majlis pelancaran Sambal Toasties.

Kami ingin menambah keceriaan pada tahun baru ini dengan menyajikan keunikan sambal nasi lemak Village Park dalam hidangan roti bakar kami. Kolaborasi bersama Village Park yang terkenal dengan keenakan nasi lemaknya merupakan keputusan yang tepat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa rasa pedas merupakan sebahagian dari gaya pemakanan rakyat Malaysia yang sangat mengemarinya.

Kami berinovasi dengan menggabungkan rasa pedas kegemaran ramai dalam roti bakar kami dan menghasilkan Village Park Sambal Toasties dengan kerjasama Grab Signatures. Menu baru Toastie ini dijangka dapat memikat setiap selera rakyat Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.
Sumber: X (Twitter @FollowMeToEatLa)

Turut hadir bersama Bryan Loo semasa majlis pelancaran Sambal Toasties ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Adelene Foo, pengasas Village Park Nasi Lemak Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah serta isteri beliau selaku pengasas bersama bermula tahun 2002, Datin Seri Aishah Chong.

Pada Mei tahun lalu, Jaya Grocer, salah satu rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan pelbagai bahan segar dan barangan import berkualiti tinggi, bekerjasama dengan Grab Signatures untuk melancarkan Label Persendirian Jaya Grocer, rangkaian produk eksklusif baharu bermula dengan Sambal Nasi Lemak terkenal dari Village Park Nasi Lemak.

Kami teruja untuk menyaksikannya menjadi sebahagian daripada rangkaian toasties baharu Bask Bear. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bryan Loo dan Loob Holding atas sokongan yang diberikan

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo.

Sambal Toasties Dijual Untuk Waktu Terhad Sahaja

Menu Sambal Toasties baharu ini boleh didapati di semua cawangan Bask Bear secara ‘walk-in’ atau melalui perkhidmatan penghantaran mulai 4 hingga 31 Januari 2024, kecuali di cawangan 1Utama dan Pavilion Elite.

Menu Sambal Toasties ini mempunyai tiga pilihan iaitu:

  • Sambal Daging (RM14.90)
  • Sambal Crispy Chicken (RM14.90)
  • Sambal Hashbrown dan Telur (RM12.90)

Kepada korang yang nak cuba sendiri Sambal Toasties ini, boleh cepat-cepat pergi ke cawangan terdekat Bask Bear okey?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd