Now Reading
Nak #Throwback Makan Di Zaman 60an? Chinta by Chinoz ‘Hidangkan’ Vibe Istimewa Ini Buat Pelanggan

Nak #Throwback Makan Di Zaman 60an? Chinta by Chinoz ‘Hidangkan’ Vibe Istimewa Ini Buat Pelanggan

Paling unik, kesemua makanan di China by Chinoz ini dihidangkan di dalam mangkuk antik untuk mengimbau kembali kenangan pada zaman 60-70an.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.

Sebut sahaja apa jenis masakan, rata-rata rakyat Malaysia pasti boleh ‘telan’. Sebagai contoh masakan India, Cina, Indonesia, Jepun, dan sebagainya. Rakyat Malaysia ini jaranglah memilih. #FoodIsLife.

Tapi, paling terpahat di hati adalah Masakan Melayu (Malay Cuisine).


Chinta by Chinoz Tampil Tawar Masakan Melayu

Umum sedia maklum, Chinoz On The Park telahpun menutup tirai cawangan utama mereka di KLCC pada bulan Mac lalu. Ia adalah setelah beroperasi lebih 24 tahun bermula pada 1993.

Chinoz merupakan salah satu restoran yang terletak di bangunan paling berprestij di Kuala Lumpur iaitu Suria KLCC dan berada di antara Menara Berkembar Petronas (Twin Towers).

The End of An Era. 🙁

Chinoz On The Park, KLCC.

Baca Artikel Berkaitan: Chinoz On The Park KLCC Tampil Dengan Menu Ekslusif Sempena Christmas

Tapi jangan risau sebab korang masih boleh menikmati hidangan daripada Chinta by Chinoz yang baru sahaja dibuka di Jalan Kemuja, Bangsar di mana Pengasas Chinoz iaitu Teng Wee Jeh bersama isterinya, Sandra menawarkan masakan Melayu lazat dan nostalgik buat orang ramai.

They say; One door closes, another one opens.

Teng Wee Jeh & isteri, Sandra.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Pertama kali kami dijemput untuk bertandang ke Chinta by Chinoz ini, perasaan excited itu memang membuak-buak sebab kami amat menyukai masakan Melayu tulen. Bukan apa, sukar juga untuk menikmati masakan Melayu yang lazat di sekitar Kuala Lumpur ini.


Chinta by Chinoz Cipta ‘Vibe’ 80-90an

Apa yang lebih menarik, restoran Chinta by Chinoz ini sememangnya akan menggamit memori setiap pelanggan yang berkunjung. Dengan setiap detail dekorasi yang diletakkan, selangkah sahaja kami memasuki restoran ini, terus teringat zaman dulu-kala.

P.S: Kami lahir dalam tahun 90an, jadi kami masih boleh merasai ‘vibe’ zaman dahulu.

Pintu hadapan Chinta by Chinoz.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Buat mereka yang kami pertama ingin berkunjung ke Chinta by Chinoz ini, korang akan menjumpai sebuah lokasi yang boleh dikatakan ‘tricky’ sebab restoran Chinta ini di kelilingi oleh tanam-tanaman yang dipelihara dan dijaga sendiri oleh pengasas Chinta ini, Puan Sandra.

Plant-lover di luar sana confirm suka!

Dan, kalau Puan Sandra ada di situ, korang boleh belajar banyak benda tentang tanam-tanaman.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Bila korang melangkah masuk, korang akan menemui satu ruangan yang dihias dengan barangan dekorasi zaman dahulu seperti peralatan makan antik, almari, cermin, dan koleksi setem yang dikumpul oleh bapa pengasas Chinta ini sendiri dari zaman penjajahan Malaya.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Pendek kata, korang akan teruja dengan kewujudan sebuah oasis retro kecil di tengah-tengah Bangsar yang sangat moden. Manakala menu klasik yang dihidangkan di restoran ini merupakan masakan Melayu (home-style).

Makanan-makanan ini adalah apa yang dihidangkan buat saya ketika membesar.

Sandra, kepada TRP.

Kalau makan di sini, automatik rasa macam makan di rumah.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Menu Chinta by Chinoz

Kunjungan team TRP ke Chinta by Chinoz baru-baru ini adalah untuk menikmati makan malam. Banyak juga menu signature yang kami order, antaranya:

  • Gulai Lemak Rusuk Salai (RM48)
  • Ayam Rose (Masak Merah) (RM27)
  • Ikan Tenggiri Masak Cuka (RM28)
  • Kerabu Pucuk Paku & Taugeh (RM15)
  • Kerabu Timun & Bunga Kantan (RM12)
  • Telur Masin + Sambal Belacan + Ulam-ulaman (RM11)

Paling unik, kesemua makanan yang kami pesan dihidangkan di dalam mangkuk antik. Bila makan bersama-sama dengan keluarga, memang ‘feel’ makan di kampung halaman. Mana taknya, aksesori di keliling yang menghiasi restoran ini memang mengimbau kenangan ketika kecil.

Buat mereka yang lahir pada tahun 60an, lagi nostalgik!

Mengimbau kenangan lama, orang kata.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Jadi, apa yang kami boleh cakap, korang kena bawa ibu ayah atau atok nenek untuk menjamu selera di sini. Sebab korang tak akan meluangkan masa yang pendek di restoran Chinta by Chinoz ini, automatik akan lama sebab boleh ‘throwback’ zaman dulu kala.

Lagu-lagu yang dipasang pun best, memang kena betul dengan vibe yang diberikan seperti lagu dendangan P. Ramlee, Saloma, dan sebagainya. Bayangkan, sambil-sambil makan, telinga korang ‘disajikan’ pula dengan lagu berjudul Malam Bulan Di Pagar Bintang oleh Tan Sri P. Ramlee. Feeling betul.

Oh! Puan Sandra ada juga berborak dengan kami tentang pembuatan kuih-muih serta kek yang dijual di restoran ini; apa yang menarik perhatian kami adalah segalanya dibuat sendiri olehnya dan team Chinta.

Mereka tak outsource dari mana-mana. Jadi, segala aneka kuih muih yang korang nampak dalam menu sheet adalah original daripada dapur Chinta sendiri.

Antara kuih muih yang kami pesan adalah:

  • Kuih Gula Hangus 4pcs (RM9)
  • Kuih Lapis Sakura 2pcs (RM9)
  • Kuih Kaswi 4pcs (RM9)
  • Kuih Seri Muka Telang 2pcs (RM9)

Ya, nampaknya kesemua aneka kuih muih adalah berharga RM9.

Worth it? SANGAT. Sebab sedap, guys.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Ya, cookies pun ada. Home-made? DEFINITELY.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Puas hati betul makan di sini.

Vibe/harga/rasa: MENANG.


Verdict?

Untuk penulis yang ‘kaki makan’ dan sangat menyukai hidangan Melayu, kesemua hidangan yang kami order di Chinta by Chinoz ini memang diperbuat dan dihidangkan dengan penuh rasa cinta dan passion.

Harga dan jumlah makanan yang dihidangkan adalah sangat berbaloi.

Rasa manis, pedas, dan masin sememangnya seimbang.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Tapi untuk memastikan dengan lebih lagi, korang boleh pergi sendiri bertandang ke restoran Chinta by Chinoz ini.

Oh! Bawa keluarga, please. Confirm tak menyesal.

  • Chinta by Chinoz
    • 24, Jalan Kemuja, Bangsar, Kuala Lumpur
    • 10am hingga 9.30pm
    • 03-2201 3756

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd