Now Reading
Chinoz On The Park KLCC Tampil Dengan Menu Ekslusif Sempena Christmas

Chinoz On The Park KLCC Tampil Dengan Menu Ekslusif Sempena Christmas

Kesemua menu yang ditawarkan oleh Chinoz On The Park ini hanya boleh didapati selama sebulan sahaja.

chinoz on the park klcc

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila menjelang hujung tahun, pastinya akan banyak kedai makan dan restoran yang akan mengeluarkan menu-menu ekslusif sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Natal (Christmas) yang disambut pada 25 Disember pada setiap tahun.

Chinoz On The Park di KLCC juga tidak terkecuali untuk memperkenalkan beberapa menu ekslusif mereka buat para pelanggan.

Menu-menu ekslusif yang ditawarkan adalah:

  • Oyster Charentaise.
  • Smoked Haddock & Salmon Fishcake.
  • Roast Saddle of Lamb.
  • Grainfed Beef Tenderloin.

Tapi menu-menu di atas boleh didapati dalam masa sebulan sahaja iaitu sepanjang bulan Disember 2022. Jadi, kalau nak rasa kena cepat.


Team TRP Dipanggil Untuk Menjamu Selera Di Chinoz On The Park, KLCC

Baru-baru ini, pihak Chinoz telah menjamu team kami dan beberapa lagi pengamal media lain untuk merasai sendiri menu-menu ekslusif di Chinoz.

Untuk kesemua menu serta pengalaman makan malam yang ditawarkan oleh Chinoz, kami beri rating 8.9! Tapi anda boleh cuba rasa sendiri, sebab lain orang, lain cita rasanya.

Yang penting, makan malam di hadapan Esplanade Suria KLCC memang ‘feel’ betul. Sambil makan, sambil menonton pertunjukkan air pancut.

VERDICT:

Smoked Haddock & Salmon Fishcake (kiri) & Grainfed Beef Tenderloin (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk hidangan Smoked Haddock dan Salmon Fishcake ini amatlah mengenyangkan. Salmon Fishcake mampat ini boleh dinikmati dengan sos spicy mayo untuk memberikan rasa yang seimbang.

Grainfed Beef Tenderloin pula dihidangkan dengan poached oyster, truffled mash dan juga asparagus. Paling kami suka adalah daging yang lembut dan empuk apabila ditelan. Dihidangkan pula dengan truffled mash sebagai penambah selera. Memang sedap! *chef’s kiss*.

Roast Saddle of Lamb.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Peminat kambing panggang pasti menyukai menu ini. Kambing panggang disaluti dengan sos barbeku enak untuk menambahkan lagi keenakan kambing dan memberikan lebih ‘feel’ buat para pelanggan.

Bukan itu sahaja, menu ini turut dihidangkan dengan pine nuts, pistachio dan juga aprikot di atasnya. Nampak macam sedikit, tapi sangat mengenyangkan. Jika anda bukan peminat tegar kambing, boleh pesan satu sahaja dan kongsi bersama pasangan.

Oyster Charetaise.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Team kami baru pertama kali merasai hidangan oyster seumur hidup. Ya, kami tak pernah sentuh oyster sebelum ini. Tapi memandangkan ia telah dihidangkan khas buat kami, nak tak nak kenalah rasa kan?

Jadi, verdict untuk hidangan ini adalah; ‘OKAY LA, NOT BAD.’

Pertama kali seumur hidup merasa Oyster/Tiram.
(Sumber: Nur Farahin/TRP)

Oyster atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Tiram ini sebenarnya mempunyai kekenyalan semulajadi yang mungkin disukai ramai atau sebaliknya.

Kami dihidangkan dengan Irish Oyster diikuti dengan Merguez Sausage.

P.S: Mungkin peminat tegar tiram akan menggemari hidangan ini.

Sekian, review dari kami. 😉


Chinoz On The Park, KLCC

Sumber: Chinoz On The Park/Facebook

Untuk rekod, jenama Chinoz ini telah sinonim dengan kedai makan bergaya dengan gabungan makanan inovatif dalam suasana santai, kasual, sejak ianya dibuka pada tahun 1993.

Lebih menariknya, Chinoz merupakan salah satu restoran yang terletak di bangunan paling berprestij di Kuala Lumpur iaitu Suria KLCC dan berada di antara Menara Berkembar Petronas (Twin Towers).

Chinoz beroperasi setiap hari bermula sarapan pagi sehingga makan malam. Menu Ala Carte Chinoz turut menawarkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan masakan mediterranean serta hidangan dengan pengaruh Asia.

Oh! Untuk anda yang mungkin ingin mengadakan acara/majlis secara kecil-kecilan, Chinoz turut menawarkan servis katering mereka tersendiri. Kalau nak buat sambutan ulang tahun, pelancaran produk, atau sebagainya, bolehlah buat di Chinoz On The Park.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu ekslusif di Chinoz ini, boleh semak sendiri kemaskini di Facebook Chinoz On The Park atau hubungi mereka terus untuk tempahan di talian 03 2166 8277.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd