Now Reading
IKEA Tawar Menu Bufet Selama 2 Hari. Boleh Makan Sepuasnya!

IKEA Tawar Menu Bufet Selama 2 Hari. Boleh Makan Sepuasnya!

Bufet Makan Malam Keraian IKEA ini ditawarkan dengan harga RM49.90 pada 22 dan 23 Disember ini dari jam 6:00 petang sehingga 8:30 malam.

IKEA Tawar Menu Buffet Untuk 2 Hari. Boleh Makan Sepuasnya! (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain terkenal dengan barangan rumah dan perabot, IKEA juga popular dengan hidangan makanan mereka terutamanya bebola daging. Setiap kali pergi IKEA, tak sah kalau tak makan bebola daging mereka.

Kepada penggemar bebola daging IKEA, ada berita baik untuk anda semua!

IKEA akan mengadakan Bufet Makan Malam Keraian IKEA selama dua hari iaitu pada Khamis (22 Disember) dan Jumaat (23 Disember) ini dari jam 6:00 petang sehingga 8:30 malam.

Sumber: Saving Kaki

Menu Di Bufet Makan Malam Keraian IKEA

Dalam bufet ini, ada pelbagai jenis menu yang disajikan kepada para pelanggan dan jangan risau, bebola daging pun ada juga. Menu wajib ya.

Berikut adalah senarai menu yang akan dihidangkan:

Hidangan Utama

  • Swedish Beef Meatball
  • Swedish Chicken Meatball
  • Baked Chicken with Creamy Capers Sauce
  • Chicken Lasagna
  • Smoked Salmon Pasta
  • Raisin Butter Rice
  • Mixed Vegetable
  • Lemon Dill Sauce
  • Rosemary Potato
  • Roasted Pumpkin

Hidangan Daging

  • Roast Beef Striploin
  • Sos Cendawan
  • Sos Lada Hitam

Hidangan Salad

  • Romaine Lettuce
  • Green Coral
  • Red Coral
  • Red Cabbage
  • Karot
  • Timun
  • Tomato
  • Italian Dressing
  • Thousand Island

Makanan Sampingan (Side Dish)

  • Shrimp With Egg Mayo
  • Herring Mustard Garlic
  • Toast
  • Mixed Apple & Marinated
  • Salmon
  • Sup Cendawan
  • Soft Bun

Pencuci Mulut

  • Pilihan Kek Mini
  • Bread Butter Pudding
  • Jus Epal
  • Jus Nenas
  • Buah Oren
  • Buah Anggur

Harga Dan Tempahan Tiket

Kepada anda yang berminat untuk menyertai makan bufet ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, tempahan tiket boleh dilakukan di semua cawangan IKEA seluruh Malaysia di Restoran Sweden dan Kedai Khas Makanan Sweden.

Berikut adalah harga bagi setiap kategori:

  • Dewasa: RM49.90
  • Kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun: RM19.90
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun: Percuma
Sumber: IKEA Malaysia

Setiap pembelian tiket bufet untuk orang dewasa akan menerima baucer RM10 IKEA secara percuma. Barisan bufet ini akan ditutup 15 minit sebelum jam 8:30 malam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik [DI SINI].

Sebelum ini, IKEA pernah membuat bufet Ramadan dengan harga serendah RM19.90 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripara orang ramai.

BACA JUGA: IKEA Kembali Dengan Bufet Ramadan Serendah RM19.90 Sehingga 29 April Ini. Jom Serbu!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd