Now Reading
IKEA Kembali Dengan Bufet Ramadan Serendah RM19.90 Sehingga 29 April Ini. Jom Serbu!

IKEA Kembali Dengan Bufet Ramadan Serendah RM19.90 Sehingga 29 April Ini. Jom Serbu!

IKEA menawarkan bufet Ramadan serendah RM19.90 untuk dewasa dan RM10.90 untuk kanak-kanak bermula 11 April sehingga 29 April 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut IKEA, mesti ramai yang teringat bebola daging mereka kan? Kalau pergi sana memang tak sah kalau tak makan menu wajib mereka ini.

Percaya tak, anda kini boleh menikmati bebola daging sebanyak mungkin selepas ini apabila IKEA mengumumkan bufet Ramadan mereka kembali lagi untuk berbuka puasa.

Bufet Ramadan IKEA ini akan berlangsung mulai 11 April hingga 29 April 2022 di semua cawangan seperti termasuklah Damansara, Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.

Sumber: Saving Kaki

Menu bufet bertukar setiap hari

Untuk pengetahuan anda, bufet Ramadan dari IKEA ini akan menyajikan pelanggan mereka dengan menu yang berbeza-beza mengikut hari.

Fuh, terliur pula tengok semua makanan yang ditawarkan. Rasa macam nak pergi setiap hari pula.

Sumber: Remaja

Harga dan tempahan

Harga bufet ini adalah mengikut tempat dan kategori seperti berikut:

IKEA Cheras, Damansara & Batu Kawan

  • Dewasa: RM29.90
  • Kanak-kanak: RM14.90
  • Kanak-kanak bawah empat tahun: Percuma
  • Percuma baucar RM10 untuk setiap pembelian tiket dewasa

IKEA Tebrau

  • Dewasa: RM19.90
  • Kanak-kanak: RM10.90
  • Kanak-kanak bawah empat tahun: Percuma
  • Percuma baucar RM5 untuk setiap pembelian tiket dewasa

Pembelian tiket dan tempahan bufet boleh dibuat di restoran IKEA serta Swedish Food Market sebelum 6.45 petang.

Nak tahu berbaloi ke tidak berbuka di bufet Ramadan IKEA, apa kata anda cuba sendiri.

Baru semalam bufet ini dibuka dan sudah ada yang mencubanya. Anda bila lagi?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd