Now Reading
[Video] Khuatir Kes HIV Makin Tinggi, Doktor Minta Orang Ramai Hentikan Hubungan Sejenis

[Video] Khuatir Kes HIV Makin Tinggi, Doktor Minta Orang Ramai Hentikan Hubungan Sejenis

Menurut doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Hanzalah, kebanyakan pesakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) terdiri dari golongan lelaki muda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, isu membabitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) antara topik yang sentiasa hangat diperkatakan.

Memetik Sinar Harian, kerajaan sebelum ini pernah menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan berkompromi dengan golongan tersebut yang melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam.

Hubungan sejenis ini bukan sahaja disifatkan sebagai merosakkan akidah malah, ia juga memudaratkan kesihatan seseorang.


Doktor Dapati Ramai Golongan Lelaki Muda Hidap HIV

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@hanzalahmizi) apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Hanzalah berkongsi pengalaman yang dilalui semasa bertugas di sebuah hospital.

Jelasnya, dia terkejut apabila mendapati ramai di kalangan masyarakat menghidapi penyakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) iaitu melalui hubungan seks sejenis di antara lelaki bersama lelaki lain.

Memetik Hello Doktor, HIV adalah virus yang mampu menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan seseorang. Penyakit tersebut biasanya akan menjangkiti individu ketika melakukan hubungan seks tanpa menggunakan perlindungan seperti kondom.

Doktor berkenaan dalam masa sama menjelaskan bahawa kebanyakan pesakit terdiri daripada golongan lelaki muda.

Perkara tersebut sekaligus membuatkan doktor itu berasa hairan mengapa kes dan budaya hubungan sejenis berleluasa dalam negara ini.


Ramai Pesakit HIV Rasa Menyesal

Menurut Dr Hanzalah, dia menyedari rata-rata mereka yang menghidapi penyakit tersebut berasa kesal dengan kelakuan dilakukan sebelum ini.

Sementara itu, pakar itu turut menegaskan betapa seriusnya penyakit tersebut dan ia perlu diambil berat oleh semua pihak.

Menurut Dr Hanzalah, seorang pesakitnya pernah berkongsi bahawa dia dijangkiti penyakit HIV akibat terpengaruh dengan pelawaan rakan yang lain.

Dia (pesakit) tidak tahu lepas ni hidup macam mana. Jadi saya convince dia yang hidup boleh diteruskan macam biasa sebab sekarang dah ada banyak follow up dan treatment yang kerajaan sediakan.

Dr Hanzalah.
Sumber: Unsplash

“Cegah Lebih Baik Daripada Mengubati”

Di akhir perkongsian itu, Dr Hanzalah sempat menitipkan pesanan dan nasihat kepada orang ramai di luar sana khususnya golongan muda agar tidak sesekali cuba melakukan hubungan sejenis kerana ia berisiko memudaratkan kesihatan tubuh badan.

“Once you dah diagnose dengan HIV, hidup you akan berubah. Banyak sangat benda terpaksa anda lalui selepas itu. Walaupun ada rawatan, tetapi mencegah sebenarnya lebih baik daripada kita nak mengubati,” ujar doktor tersebut.

@hanzalahmizi Cegahlah sebelum terlambat. Kehidupan takkan sama bila dah kena #drhanzalahmizi #syukur #learnontiktok #hiv #aids #lgbt #lgbt🌈 #motivasi ♬ Muhasabah – Bang Nono

Cara HIV Merebak

Buat anda yang kurang tahu, penyakit HIV bukan sahaja boleh merebak melalui seks bersama individu yang telah dijangkiti malah ada juga beberapa cara lain seperti:

  • Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan.
  • Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV.
  • Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Sumber: Unsplash

Tanda-tanda Penyakit HIV Yang Perlu Diambil Perhatian

Berikut kami kongsikan antara tanda-tanda atau simptom seseorang itu menghidap penyakit HIV. Antaranya:

  • Demam.
  • Sakit tekak dan batuk.
  • Sakit otot.
  • Sakit kepala.
  • Cirit-birit.
  • Bengkak kelenjar limfa.
  • Berasa keletihan.
  • Muncul ruam di badan.
  • Sakit sendi.
  • Penurunan berat badan.
Sumber: Unsplash

Rawatan Jangkitan HIV

Buat masa ini, masih tiada ubat untuk menyembuhkan HIV. Namun begitu terdapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan bagi membantu mereka yang dijangkiti HIV untuk hidup lebih lama dan sihat.

Kepada mereka yang sudah dijangkiti HIV, anda disarankan untuk mengambil ubat anti-retroviral walaupun tidak mempunyai tanda atau gejala. 

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Didakwa Guna Jarum Terpakai Sebabkan 900 Kanak-Kanak Dijangkiti HIV

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki 11 Tahun Maut, Dua Tahun Tanggung Azab Diliwat Oleh 4 Beradik Durjana Hidap HIV

Baca Artikel Berkaitan: Grindr Dating App Helped Malaysian Man Get HIV Treatment


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd