Now Reading
Suria KLCC Buka Tirai Sambutan Aidilfitri Dengan Tema Suasana Kampung. Meriah!

Suria KLCC Buka Tirai Sambutan Aidilfitri Dengan Tema Suasana Kampung. Meriah!

Aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kumpulan Syarikat Suria KLCC mengalu-alukan ketibaan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman.

Pada 15 April 2022, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Esplanade KLCC.

Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.

Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi, Francis Tan dan juga Pengurus Besar, Ameer Thajudeen.

Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 – Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan.

Pengerusi Pihak Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Md Shah Mahmood.

Tema: Raya Di Dusun Atuk

Penampilan pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” di sekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.

Bersesuaian dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita.

Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga juga turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk.

Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall.


Berbelanja dan terima ganjaran!

Para pengunjung akan diberikan ganjaran apabila berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula sekarang sehingga 1 Mei dan berpeluang menerima baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu pek sampul raya Suria KLCC.

Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ di mana pengunjung boleh bergambar dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma.

Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri.

Kemuliaan Ramadan turut diperhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022.

Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Suria KLCC:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd