Now Reading
Westlife Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘Westlife The Hits Tour 2024’

Westlife Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘Westlife The Hits Tour 2024’

Harga tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 akan dijual bermula dari RM388 (PS4) hingga RM1,188 (VIP).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Westlife, kumpulan pop paling terkenal di dunia akan mengadakan konsert di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun 2024. Setelah 24 tahun, Westlife akan kembali ke arena yang sama dan mempamerkan persembahan mempersonakan untuk peminat setia mereka.

Konsert ini merupakan anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions.

Salah Seorang Ahli Westlife Tak Akan Hadir

Untuk pengetahuan umum, meskipun Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan, peminat-peminat Kian Egan, Nicky Byrne, dan Shane Filan pasti akan mencatat memori indah.

Westlife yang ditubuhkan pada 1998 telah melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000-an yang menjadi perhatian di seluruh dunia. Lagu-lagu hits mereka seperti, “Uptown Girl”, “My Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, dan “Hello My Love” masih diminati hingga kini.


Achievements

Prestasi Westlife juga amatlah memberangsangkan di mana mereka telah menjual lebih dari 55 juta unit album, memperoleh 12 album, mengumpul lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube, dan menjual lebih daripada 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia. Mereka juga menerima pelbagai anugerah, termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards, dan empat Record of the Year Awards.

Dan untuk makluman semua, Westlife juga telah menulis dan mengeluarkan sebanyak 148 buah lagu original setakat ini.

Tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 boleh dibeli atas talian melalui MMIC Entertainment Group di mmic.bigtix.io, rwgenting.com, dan BookMyShow.

Harga tiket bermula dari RM388 (PS4) hingga RM1,188 (VIP).

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti MMIC Entertainment Group di Facebook dan Instagram, serta JS Concert Productions.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd