Now Reading
‘Comeback’ The Rose Di Jelajah Dawn To Dusk KL Terima Sambutan Hangat #BlackRoses

‘Comeback’ The Rose Di Jelajah Dawn To Dusk KL Terima Sambutan Hangat #BlackRoses

Konsert The Rose yang diadakan semalam (31 Januari) di Mega Star Arena KL dipenuhi oleh 3,000 peminat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (31 Januari), band indie kebanggaan Korea Selatan, The Rose telah kembali ke Malaysia bagi menganjurkan Tour Dawn to Dusk bertempat di Mega Star Arena KL.

Dimulakan jam 8.30 malam, dewan itu telah dipenuhi sejumlah 3,000 pengunjung serta Black Roses. Buat anda yang tidak tahu, Black Roses merupakan panggilan khas buat peminat tercinta The Rose.


Genre Rock N Roll The Rose Hangatkan Pentas Mega Star Arena KL

Kemunculan semula empat ahli band iaitu Kim Woosung (vokal/gitar), Park Dojoon (keyboard/vokal), Lee Hajoon (dram) dan Lee Jaehyeong (bass) ketika acara pembukaan telah membuatkan para peminat menjerit sekuat hati.

Penggunaan spotlight yang rancak juga memainkan peranan. Mana tidaknya, lampu yang bergelipan tanpa henti itu telah menaikkan lagi seri pentas yang bertemakan seolah-olah rock n roll.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan indie itu ialah:

  • Red
  • ⁠Sorry
  • ⁠Back to me
  • ⁠You’re beautiful
  • ⁠Dusk
  • ⁠Angel
  • ⁠She’s in the rain

Untuk persembahan pertama, kumpulan itu telah menyanyikan lagu Eclipse bersama instrumental rancak yang membuatkan orang ramai tergamam.

Rata-rata latar belakang pentas yang bertemakan alam semula jadi dan alam semesta seperti hujan, tumbuhan, planet serta sinaran cahaya galaksi juga kelihatan sangat indah dan menambahkan keterujaan para pengunjung.

Sumber: Nur Hazwani/TRP
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Tidak berpuas hati dengan sorakan dari peminat yang duduk di dalam dewan, The Rose telah meminta mereka semua berdiri untuk beberapa buah lagu yang dinyanyikan. Tak ‘feel’ lah konsert sambil duduk, kan?

Selepas dapat sahaja berdiri, peminat memang tidak lepaskan peluang tersebut untuk melompat sekuat hati sambil enjoy lagu band itu. Terutamanya sewaktu persembahan ‘Back To Me’, memang terasa gegaran lompatan orang ramai.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Jaehyeong & Hajoon Bikin Peminat ‘Cair’

Selalunya anda akan dengar Woosung atau Dojoon yang mengetuai persembahan, tetapi kali ini giliran Jaehyeong dan Hajoon pula mencairkan hati Black Roses dengan nyanyian merdu penuh emosi lagu mereka, ILY.

“With your warm voice, baby I’m falling for you.”

Mengisahkan seorang lelaki yang sedang dilamun cinta, memang lirik keseluruhan lagu itu bikin Black Roses ‘fangirling’ sampai ke sudah.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Lagu ‘Sorry’ Bangunkan Band The Rose

Semasa sesi ramah mesra bersama peminat, Woosung sebagai wakil band itu menjelaskan betapa bermaknanya lagu Sorry buat mereka. Kata vokalis tersebut, The Rose yang pada awalnya debut dengan lagu itu hanya berkesempatan untuk membuat persembahan di jalanan dan bukanlah di set megah seperti sekarang ini.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan pengunjung yang hadir untuk melihat persembahan mereka dahulu terdiri daripada 10 orang sahaja dan rata-rata daripadanya adalah kenalan terdekat.

Berasa syukur dengan sokongan hebat orang ramai seluruh dunia, The Rose meluahkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para peminat. Tidak adalah The Rose tanpa sokongan Black Roses sepanjang beberapa tahun yang mencabar ini.

“All of these happened because of you guys. Thank you so much,” ujarnya sambil menahan sebak.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Tambah The Rose, sokongan tidak putus peminat sejak awal mendorong kepada pencapaian mereka mengungguli pentas hiburan bertaraf antarabangsa seperti mengadakan jelajah dunia serta akan tampil dalam festival muzik berprestij Coachella Valley Music and Arts Festival.


Tour Dawn To Dusk, Momen Tak Dapat Dilupakan

Kalau anda tanya pendapat penulis, memang sampai sekarang terngiang-ngiang suara merdu Woosung yang menyanyi secara live. Cool habis!

Persembahan mereka hampir dua jam itu sememangnya ‘happening’ dengan suara rock vokalis bersama ahli-ahli yang lain. Jangan cakap nyanyian, mereka ini pun boleh tahan kelakar juga ya.

Ada sahaja cara mereka untuk menyakat sambil menghiburkan hati peminatnya. Boleh pula mereka bandingkan sorakan peminat Malaysia dengan negara jiran, Indonesia. Memang Black Roses Malaysia tidak boleh kalah lah cerita dia.

Di akhir konsert itu, Dojoon dilihat mengibarkan bendera Malaysia dengan megah di atas pentas bagi sesi bergambar bersama semua yang hadir.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Khas buat peminat yang berada di barisan hadapan, mereka berjaya mendapatkan bunga ros merah yang dilemparkan oleh ahli The Rose dari atas pentas.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Harapnya, kumpulan tersebut akan datang semula ke Malaysia selepas ini dengan lagu yang lebih gempak. Till next time The Rose!


The Rose Bersama Barisan Hadapan Di Muzik Festival Coachella

Untuk info, The Rose tersenarai antara kumpulan K-Pop yang akan melakukan persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival di Indio, California. Kumpulan K-Pop lain yang akan turut serta buat pertama kali itu ialah ATEEZ dan juga LE SSERAFIM.

Festival besar-besaran itu akan berlangsung pada dua kali hujung minggu berturut iaitu 12–14 April and 19–21 April, 2024. The Rose pula akan tampil memeriahkan festival pada Ahad 14 dan 21 April bersama penyanyi terkenal yang lain seperti Doja Cat, DJ Snake dan Bebe Rexha.

Pra-jualan tiket pula telah dibuka kepada orang ramai sejak 19 Januari yang lalu.

Sumber: Coachella

Baca Artikel Berkaitan: South Korean Indie Band The Rose Coming To KL This Month


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd