Yuna Berjaya Tawan Hati 4,000 Peminat Di Konsert YUNAVERSE, Akhiri Persembahan Dengan Tangisan
Konsert YUNAVERSE telah diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang pada 22 Oktober jam 8:30PM.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“I feel a little rush, I think I’ve got a little crush on you….”
Lirik yang seringkali hadir di fikiran peminat penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih mesra dikenali sebagai Yuna.
Dan umum sedia maklum bahawa 22 Oktober lalu (Ahad), Yuna telahpun membuat persembahan untuk konsert di Kuala Lumpur, Malaysia yang diberi nama YUNAVERSE.
Ya, UNIVERSE, tapi jadi YUNAVERSE.
(Sebab apa? Sebab Yuna, dik).
Baca Artikel Berkaitan: Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!
YUNAVERSE Dihadiri 4,000 Peminat Yuna
Setelah penantian selama lima (5) tahun untuk menyaksikan Yuna beraksi di atas pentas, akhirnya impian Yuna dan para peminatnya di Malaysia bertukar realiti sejurus penyanyi itu membuat persembahan yang begitu memukau sehingga meninggalkan kesan mendalam buat kesemua 4,000 peminat yang hadir pada malam YUNAVERSE.


Apa yang paling menyeronokkan adalah Yuna turut mempersembahkan lagu-lagu hit lama yang pernah menduduki carta teratas, diikuti dengan kehadiran pentas yang mempersonakan, pergerakkan tarian yang ‘groovy’ sehingga membuatkan para peminat tak senang duduk sepanjang konsert berjalan!

Pendek kata, kami semua terpukau dengan energy Yuna kali ini.
Maklumlah, setelah sekian lama menunggu dan kami boleh memutuskan bahawa konsert Yuna kali ini memang betul-betul mengasyikkan dan membuahkan hasil.
Ai.Z Buka Tirai Di Konsert YUNAVERSE
Konsert yang bermula pada jam 8:30PM itu telah dibuka tirai oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Ai.Z atau lebih dikenali sebagai Aizat Amdan. Untuk rekod, Ai.Z merupakan karakter yang dicipta melalui kolaborasi antara Aizat dan Yuna sendiri.
Ia menunjukkan sisi yang lebih berani dan eksperimental, serta menampilkan dirinya sebagai artis baru yang memperlihatkan jati diri penyanyi tersebut. Ai.Z membawakan lagu hitnya, “The Last Thing,” yang membuatnya dikenali di peringkat antarabangsa, diikuti dengan penampilan kejutan oleh Kenny dalam lagu “Don’t Need You.”
Ai.Z tanpa ragu memberikan persembahan yang setaraf dengan standard antarabangsa, dan MSC Entertainment dalam masa yang sama turut meluahkan rasa bangga melihat Ai.Z berada di atas pentas yang begitu besar.
Doa Buat Palestin
Ai.Z walau bagaimanapun tidak melepaskan peluang untuk mengungkapkan doa-doa beliau untuk situasi Palestin pada ketika ini.
Yuna Berinteraksi Dengan Penonton Sepanjang Konsert
Team TRP yang berada di lokasi pada malam itu jelas melihat sendiri bahawa Yuna memastikan dirinya sentiasa berinteraksi dengan para peminat sepanjang konsert itu.

Interaksinya dengan penonton, anekdot peribadi, membuat semua orang merasa seperti sebahagian daripada keluarga besar muzik. Dan yang paling penting, perjalanannya sebagai penyanyi-penulis lagu.

Yunaverse menampilkan grafik visual dan pencahayaan yang menakjubkan, mencipta atmosfera YUNAVERSE di mana visual melengkapkan muzik dan suaranya.


Penonton juga tidak ketinggalan untuk membawa energy yang menular ke acara ini, menjadikannya malam yang tidak akan dilupakan.

Yuna menunjukkan kebolehan pertunjukan yang mengagumkan, vokal begitu mantap, dan sejujurnya ramai yang dilihat begitu teruja menonton Yuna menari buat para peminatnya di Malaysia.
Hebat, serius.
Yuna Mendendangkan 24 Buah Lagu Pada Malam YUNAVERSE
Yuna membawakan 24 lagu termasuk dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang tercipta sepanjang perjalanan kariernya sebagai penyanyi. Dan paling menarik adalah Yuna turut menyanyikan lagu berjudul Bad Intentions yang baharu sahaja dikeluarkan.
Sedap juga, TBH.
“Saya terkesima dengan tenaga penonton di Yunaverse. Kuala Lumpur benar-benar memberikan sokongan kepada saya dan team saya. Team saya dan saya bekerja sangat keras untuk menyusun YUNAVERSE, kami benar-benar ingin memberikan persembahan terbaik, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke konsert.
“Saya memang ingin berkongsi dengan peminat di Malaysia persembahan yang biasanya saya lakukan apabila saya mengadakan tour, jadi benar-benar menjadi kenyataan impian saya untuk dapat mengadakan persembahan dengan produksi penuh dan sentuhan tambahan seperti visual dan pencahayaan.
“Saya sangat gembira saya dapat membawakan semua lagu kegemaran saya, baik yang lama mahupun yang baru,” jelas Yuna.
“Thank you Kuala Lumpur for the beautiful energy…”
Yuna pada 24 Oktober telah memuat naik satu hantaran menerusi Instagram miliknya yang meluahkan keterujaan terhadap energy yang diberikan oleh para peminatnya pada malam YUNAVERSE.
Jelas Yuna, perancangan konsert ini selama enam (6) bulan membuahkan hasil.
“6 months of planning I can’t believe we did that. It was so special to be able to work with my friends in Malaysia for this concert. Thank you everyone who worked really hard to make YUNAVERSE possible,” tulis Yuna menerusi kapsyen.
Confession: Team TRP beredar dari lokasi konsert sebelum sempat mendengar persembahan lagu berjudul Crush & Camaraderie, jadi kami agak FOMO bila tengok insta-stories di IG. 🥺
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.