[Video] Mizz Nina Kongsi Detik Kali Pertama Bertemu Suami, Essam Muhammad
Mizz Nina dan suaminya Essam Muhammad telah berkenalan pada tahun 2015 di sebuah festival.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, selebriti Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman berusia 43 tahun telah berkahwin dengan seorang penyanyi rap Amerika Syarikat iaitu Essam Muhammad pada 15 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Sah Isteri Kepada Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Kenali Siapa Essam Muhammad
Khabar gembira itu membuatkan ramai yang terkejut kerana Mizz Nina dikatakan tidak pernah memuat naik sebarang gambar Essam sebelum ini.
Selepas hampir tiga bulan bernikah, Mizz Nina dan suami telah mengadakan majlis persandingan secara tertutup dan sederhana di Kuala Lumpur.
Mizz Nina Kongsi Cerita Bagaimana Perkenalan Dengan Essam Muhammad
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Mizz Nina (@mizznina06), selebriti ini bercerita kepada tetamu yang hadir di majlis persandingannya tentang bagaimana dia berkenalan dengan pasangan pilihan, Essam.
Mereka berdua pertama kali bertemu ketika Mizz Nina membaca puisi di khalayak ramai di sebuah festival pada tahun 2015 sebelum Essam datang memperkenalkan diri.
Essam juga telah memuji cara pembacaan puisi yang disampaikan oleh Mizz Nina pada ketika itu dan selebriti tersebut menerima pujian berkenaan dengan mengucapkan terima kasih.
Pertama kali kami berjumpa adalah di sebuah festival pada tahun 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya selesai membaca puisi di atas pentas. Dia perkenalkan diri ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sampaikan atas pentas tadi’.
Mizz Nina
Essam juga berkata detik terindah mereka adalah lapan tahun selepasnya iaitu pada tahun 2023 di mana mereka berdua telah bergelar pasangan suami isteri
Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah.
Suami kepada Mizz Nina, Essam Muhammad.
Kenali Suami Mizz Nina, Essam Muhammad
Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Essam Muhammad yang berjaya menawan hati Mizz Nina?
Memetik sumber Twins of Faith Sydney, Essam merupakan penyanyi rap, penulis lagu dan artis hip sop berketurunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.

Essam dikenali sebagai penggiat seni yang bijak mengharmonikan irama dan puisi ke dalam karya seni dan berjaya membawa elemen unik dan kontemporari ke dalam kreativiti Islam.
Selain bergiat aktif dalam menghasilkan muzik, Essam juga banyak melakukan aktiviti melibatkan komuniti Seattle Selatan yang menjadi lokasinya membesar dengan tujuan untuk mewujudkan ruang bagi penyajak muda mengembangkan idea mereka.
Sumber: TikTok Mizz Nina
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.