[Video] Steady Sambil Pegang Rokok! Kemunculan Noh Di Pentas KLFW2022 Terima Pelbagai Reaksi
Penampilan Noh di atas pentas tersebut sekaligus mencuri perhatian orang ramai yang berada di sana.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semalam (21 Ogos), tular di media sosial video penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh muncul di atas pentas ‘catwalk’ di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).
Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @budieychannel, kelihatan Noh sedang berjalan sambil menggayakan baju daripada jenama terkenal, Super Sunday.
@budieychannel Noh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala ala bad bois gitu.
♬ original sound – onefaridzuan – onefaridzuan
“Noh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala-ala bad boy gitu”, tulisnya di kapsyen.
‘Catwalk’ sambil pegang rokok
Pada video sama, kelihatan juga penyanyi indie berusia 37 tahun itu memegang sepuntung rokok di jarinya namun tidak dibakar.
Penampilan Noh di atas pentas tersebut sekaligus mencuri perhatian orang ramai yang berada di sana.
Kaitkan dengan isu peribadi
Melihat di ruangan komen, segelintir pengguna media sosial kelihatan kurang senang dengan penampilannya malah ada juga yang mengaitkannya dengan isu peribadi penyanyi terbabit.
Bagaimanapun, ada juga yang memuji penampilan Noh kelihatan begitu bergaya serta bergurau bahawa Noh kelihatan seperti seorang penghantar makanan.



Noh Salleh dan Mizz Nina bercerai
Terdahulu, media melaporkan Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan sudah bercerai.
Ia sekaligus menjawab teka-teki orang ramai mengenai status hubungan mereka.
Menurut Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, keputusan untuk membawa haluan masing-masing dicapai selepas mereka berdua duduk berbincang.
BACA JUGA: 11 Tahun Bersama, Noh Salleh Sahkan Sudah Bercerai Dengan Mizz Nina
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.