Now Reading
Mizz Nina Sah Isteri Kepada Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Kenali Siapa Essam Muhammad

Mizz Nina Sah Isteri Kepada Penyanyi Rap Amerika Syarikat, Kenali Siapa Essam Muhammad

Essam Muhammad yang kini bergelar suami kepada Mizz Nina banyak menghasilkan karya seni dengan memasukkan unsur-unsur dakwah selain sering membangkitkan isu kemasyarakatan dalam muziknya.

Mizz Nina Sah Bergelar Isteri Kepada Essam Muhammad, Kenali Siapa Sebenarnya Suaminya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pada 4 Ogos 2022 yang lalu, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina telah mengumumkan perceraian mereka selepas 11 tahun bergelar suami isteri.

Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk membawa haluang masing-masing.

Dalam pada itu, Noh juga bakal menamatkan status duda selepas mengikat pertunangan dengan seorang peguam pada 7 Mei lalu.

BACA JUGA: 11 Tahun Bersama, Noh Salleh Sahkan Sudah Bercerai Dengan Mizz Nina


Mizz Nina Sah Bergelar Isteri Kepada Penyanyi Rap Amerika Syarikat

Semalam (15 Jun), Mizz Nina pula mengumumkan khabar gembira di laman Instagram miliknya (@officialmizznina) apabila dia kini sah bergelar isteri kepada seorang penyanyi rap Amerika Syarikat iaitu Essam Muhammad.

Menerusi perkongsian tersebut, Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman berusia 43 tahun memaklumkan pernikahan mereka itu dilakukan dalam satu majlis tertutup di luar negara dengan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah.

Mizz Nina.

Pada masa sama, Mizz Nina turut memberitahu bahawa dia bakal melakukan majlis resepsi tertutup di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.


Kenali Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Essam Muhammad yang berjaya menawan hati Mizz Nina?

Memetik sumber Twins of Faith Sydney, Essam merupakan penyanyi rap, penulis lagu dan artis hip sop berketurunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.

Essam dikenali sebagai penggiat seni yang bijak mengharmonikan irama dan puisi ke dalam karya seninya dan berjaya membawa elemen unik dan kontemporari ke dalam kreativiti Islam.

Sebelum memulakan kerjayanya sebagai penggiat seni, Essam telah menamatkan pengajian ijazah dalam Pengajian Media dan Komunikasi di University of Washington Bothell pada tahun 2016.

Kerjaya Essam Muhammad Sebagai Penggiat Seni Dan Penganjur Komuniti

Difahamkan, Essam telah menulis lagu rap sejak berusia lapan tahun dan memulakan kerjayanya sebagai penggiat seni selepas melancarkan muzik video sulungnya berjudul West Is My Home pada tahun 2016.

Siapa sangka, pelancaran video pertama itu membuka peluang kepada dirinya dijemput untuk melakukan persembahan di beberapa buah negara termasuk United Kingdom, Switzerland, Afrika Selatan dan Malaysia.

Kemudian pada awal tahun 2020, satu lagi album dilancarkan dengan tajuk Chapter20six. Lebih unik lagi, muzik ini dihasilkan dengan bunyi acapella ya.

Sumber: Instagram @masseone39

Karya muzik Essam mendapat perhatian ramai kerana banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah selain sering membangkitkan isu kemasyarakatan dan situasi terkini.

Kejayaan Essam dalam bidang seni juga semakin berkembang apabila videonya bertajuk Runnin dipilih untuk pameran American Muslim Futures pada September 2020.

Selain bergiat aktif dalam menghasilkan muzik, Essam juga banyak melakukan aktiviti melibatkan komuniti Seattle Selatan yang menjadi lokasinya membesar dengan tujuan untuk mewujudkan ruang bagi penyajak muda mengembangkan idea mereka.

Essam juga sebelum ini pernah berjinak-jinak dalam bidang lakonan menerusi filem Purple Don’t Cry arahan Mamoun Hassan dan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Seattle pada 1 Jun lalu.

Sumber: Instagram @masseone39

Mizz Nina Dan Essam Muhammad Berhasrat Mahu Berdakwah Bersama-sama

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Mizz Nina ketika mengumumkan berita mengenai perkahwinannya, pasangan suami isteri tersebut telah menetapkan matlamat sama untuk melakukan dakwah.

Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah. Kami berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama serta teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami

Mizz Nina.

Kami mendoakan agar perkahwinan Mizz Nina dan Essam Muhammad mendapat keberkatan dan bahagia di dunia dan akhirat. Tahniah kami ucapkan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd