Now Reading
Coldplay Umum Konsert Di Singapura Selama 4 Malam Pada Januari 2024

Coldplay Umum Konsert Di Singapura Selama 4 Malam Pada Januari 2024

Jualan umum akan bermula pada 20 Jun dari pukul 2 petang melalui Ticketmaster, dengan harga tiket bermula dari S$68 (RM233.98), tidak termasuk bayaran tempahan.

coldplay singapore

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menurut laporan CNA, Coldplay akan tampil di National Stadium Singapore selama empat malam pada tanggal 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024. Selain Singapura, band ini juga bakal menambah Manila dan Bangkok ke dalam World Tour mereka pada 19 Januari dan 3 Februari.

Sebelum ini, pengumuman Coldplay tour Asia leg Music of the Spheres World Tour telah mengecewakan peminat di Singapura. Walau bagaimanapun, berita tentang konsert Coldplay selama empat malam ini pasti akan menceriakan hati peminat Coldplay di negara berkenaan.

Untuk rekod, di Malaysia masih belum ada pengumuman sekiranya akan ada penambahan malam konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan November ini ataupun tidak.

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay


7 Juta Tiket Terjual Untuk Tour Music Of The Spheres World Tour

Coldplay Tour Music Of The Spheres World Tour telah menjual lebih dari 7 juta tiket, yang mana merupakan jumlah terbanyak dibandingkan dengan mana-mana tour dalam dua tahun terakhir ini. Ia juga sekaligus memberikan band ini anugerah Artis tour Pilihan di American Music Awards 2022.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian kumpulan ini, tour Music Of The Spheres World Tour Coldplay menghasilkan emisi karbon dioksida 47% lebih rendah daripada tour stadium sebelumnya pada tahun 2016/2017. Lima juta pokok juga telah ditanam di seluruh dunia, satu untuk setiap penonton konsert.

Pra-jualan tiket konsert akan diadakan pada 19 Jun dari pukul 2 petang hingga 11.59 malam. Untuk menyertai, peminat perlu melanggan berita terkini di laman web Coldplay pada 16 Jun nanti.

Jualan umum akan bermula pada 20 Jun dari pukul 2 petang melalui Ticketmaster, dengan harga tiket bermula dari S$68 (RM233.98), tidak termasuk bayaran tempahan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd