Now Reading
Kempen #KongsiKebaikan Oleh Grab Sempena Ramadan & Raya Beri Impak Buat Komuniti

Kempen #KongsiKebaikan Oleh Grab Sempena Ramadan & Raya Beri Impak Buat Komuniti

Bagi menyebarkan kegembiraan Aidilfitri, Grab bekerjasama dengan NGO dan komuniti rakan Grab di Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang untuk mengadakan rumah terbuka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tinggal berapa hari sahaja lagi Syawal akan melabuhkan tirainya. Ini bermakna Hari Raya Aidilfitri yang disambut selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan juga akan berakhir.

Bersempena dengan bulan mulia ini, Grab Malaysia telah menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti yang dianjurkan bersama komuniti, untuk komuniti dengan tema “Kebaikan Dalam Setiap Pesanan”.

Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Antaranya adalah:

#1. Membantu Keluarga Rakan Grab Menerusi Pemberian Peralatan Sekolah

Sebagai pengiktirafan terhadap pemandu dan rakan Grab yang tidak ternilai, salah satu usaha termasuk bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyediakan kit permulaan sekolah bernilai RM150 setiap satu kepada 780 kanak-kanak pemandu dan rakan penghantar Grab di Selangor bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

#2. Projek Pemulihan Surau Dengan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP)
Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Selain itu, bagi memastikan rakan pemandu dan penghantar mempunyai tempat yang selesa dan mudah untuk beribadah, syarikat itu juga bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) untuk memulih dan mengubahsuai sebuah surau di kawasan tanah KLIA.

#3. Program Pengedaran Bubur Lambuk Grab
Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Dalam semangat Ramadan, pasukan Grab Malaysia bersama dengan komuniti pemandu dan rakan penghantar turut bekerjasama dengan masjid-masjid tempatan dan hospital di seluruh Pantai Timur untuk mengedarkan bubur lambuk kepada lebih dari 2,500 individu.

#4. Cabaran Ramadan-Umrah Grab
Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Menunjukkan rasa syukur tidak hanya kepada komuniti rakan Grab, tetapi juga kepada para pengguna. Grab juga memperkenalkan Cabaran Ramadan-Umrah Grab di mana pemenang berpeluang untuk memenangi pakej umrah. Usaha ini melibatkan hampir 539,000 pengguna Grab, rakan pemandu serta rakan penghantar yang mengambil bahagian untuk memenangi Pakej Umrah 12D10N yang disediakan sepenuhnya.

#5. Beri Bantuan Raya Kepada Golongan Kurang Berkemampuan
Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Untuk menyebarkan kegembiraan pada Hari Raya Aidilfitri, Grab turut bekerjasama dengan NGO dan komunitinyadi Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang untuk mengadakan rumah terbuka – memanjangkan sambutan kepada komuniti yang paling penting bagi pemandu dan rakan penghantar Grab di setiap lokasi.


“Kebaikan Dalam Setiap Pesanan”

Kempen #KongsiKebaikan oleh Grab Malaysia.

Mengulas lanjut, Rashid Shukor selaku Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti di Grab Malaysia memaklumkan bahawa, “Sebagai jenama tempatan, kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan adalah cara bagi kami untuk menangani keperluan komuniti dan memupuk impak sosial yang positif.

“Rakan pemandu dan penghantar kita memainkan peranan penting dalam melayani rakyat Malaysia setiap hari dan kita ingin menyokong bukan sahaja keperluan tetapi juga keperluan komuniti yang paling penting bagi mereka.

“Melalui usaha ini, kita berharap untuk membina rasa perpaduan dan inklusiviti dalam masyarakat kita, memastikan bahawa tidak ada komuniti yang terpinggir.”

Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri kolaborasi yang memberi kembali kepada masyarakat:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd