Now Reading
Meerqeen Jadi Rakyat Malaysia Pertama Sebagai Duta Jenama YSL Beauty

Meerqeen Jadi Rakyat Malaysia Pertama Sebagai Duta Jenama YSL Beauty

Meerqeen telah dilantik sebagai duta jenama mewah antarabangsa iaitu YSL Beauty untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’.

meerqeen duta YSL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun masih berusia 21 tahun, umur yang muda itu tidak menghalang pelakon popular tanah air dikenali sebagai Meerqeen untuk meluaskan sayapnya dalam pelbagai bidang selain lakonan.

Kini, Meerqeen telah dilantik sebagai duta jenama mewah antarabangsa iaitu YSL Beauty untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’.

Lebih mengagumkan lagi, Meerqeen merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik oleh jenama YSL Beauty sebagai duta mereka. Wow!

Memetik laporan Xtra, pemilihan Meerqeen ini adalah berdasarkan gayanya yang luar biasa serta pendekatan yang tidak gentar untuk mencuba sesuatu baharu dalam kehidupan.

Sementara itu, Ketua Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura iaitu Zaireen Ibrahim turut teruja dengan kolaborasi antara Meerqeen dan jenama mewah tersebut.

Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Pihak kami teruja untuk menyaksikan kolaborasi Meerqeen dan YSL.

Ketua Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura, Zaireen Ibrahim.
Sumber: Tatlter Asia/Instagram @meerqeen

Meerqeen Teruja Mahu Galas Tanggungjawab Sebagai Duta YSL Peringkat Antarabangsa

Pelakon Melur Untuk Firdaus ini sudah pastinya teruja apabila menerima tawaran sebagai duta jenama YSL Beauty yang sangat dikenali ramai di seluruh dunia.

Meerqeen juga kagum dengan tahap kreativiti yang dipersembahkan oleh jenama YSL Beauty ini untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Malah, dia juga menyuntik semangat kepada orang ramai untuk memanfaatkan segala peluang yang ada bagi menikmati kehidupan sepenuhnya.

Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance di bawah YSL Beauty. Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan melangkaui batasan. Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dinikmati sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama ini bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara sama.

Pelakon terkenal, Meerqeen.

Ramai Ucap Tahniah Dan Tumpang Gembira Dengan Kejayaan Meerqeen

Pelantikan Meerqeen sebagai duta Malaysia yang pertama untuk jenama YSL Beauty ini dikongsikan olehnya dengan memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram (@meerqeen).

Berita gembira itu sudah pastinya mengujakan rakan-rakan artis serta peminatnya dan ramai memberikan ucapan tahniah di ruangan komen hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Siap ada yang kata Meerqeen ini sudah ala-ala artis K-Pop ya!


Siapa Sebenarnya Meerqeen?

Mesti ada yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Meerqeen ini sehingga di dilantik sebagai duta YSL Beauty?

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Nizam ini dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

meerqeen-duta-YSL
Sumber: Instagram @meerqeen

Ketika zaman belajar, Meerqeen menuntut di Kolej Vokasional Gombak dalam jurusan Insuran. Difahamkan, dia terpaksa menangguh semester pengajiannya kerana ingin menumpukan perhatian dalam Hero Remaja.

Sebelum mula menceburi bidang lakonan, Meerqeen merupakan salah seorang peserta dan finalis dalam program Hero Remaja edisi ke-10 pada tahun 2020.

Namun, penyertaannya dalam Hero Remaja tidak mendapat restu dari keluarga. Namun, dia tekad untuk terus membuktikan bakat yang disimpan untuk mengukir kejayaan.

Kini, nama Meerqeen dikenali seluruh Malaysia selepas memegang watak utama sebagai Firdaus di dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang dilakonkan bersama peserta Dewi Remaja, Anna Jobling.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd