Now Reading
[Foto] Pavilion Kuala Lumpur Rai Aidilfitri Dengan Tema ‘Radiant Raya’

[Foto] Pavilion Kuala Lumpur Rai Aidilfitri Dengan Tema ‘Radiant Raya’

Glamourous betul Pavilion Kuala Lumpur tahun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dari 11 Mac hingga 14 April 2024, Pavilion Kuala Lumpur akan bermandi warna-warni dengan sambutan ‘Radiant Raya’ yang menampilkan keindahan sejarah tekstil dan budaya Melayu serta kristal.

Radiant Raya di Pavilion Kuala Lumpur

Dengan berinspirasikan langit malam yang memukau, ia menjanjikan pengalaman sukar dilupakan dengan menyatukan unsur cahaya, warna dan budaya yang menakjubkan.

Daripada bintang bergemerlapan sehingga bulan sabit gergasi menghiasi ruang legar ‘Centre Court’, pengunjung pasti akan terpukau dengan setiap hiasan yang berkilauan.


Swarovski Buat Pavilion Kuala Lumpur Lebih Megah

Dengan kerjasama Swarovski iaitu jenama barang kemas terkenal, Pavilion Kuala Lumpur telah memulakan sambutan Aidilfitri lebih awal dengan pameran ‘pop-up’ yang megah.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Pengunjung akan berpeluang menyaksikan hiasan-hiasan kristal menarik di sekitar ruang legar pusat beli-belah itu, termasuk empat oktagon gergasi melambangkan jenama Swarovski.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Buat julung kalinya, pengunjung juga boleh menerokai rangkaian Swarovski yang eksklusif dan terhad, termasuk koleksi unik daripada Creators Lab, seperti sandal AQUAZZURA Aura, kasut Phileo 005 Crystal Derby, Tiara Swarovski yang membuat penampilan sulung di 2024 Vienna Opera Ball, dan kristal Chaton Swarovski seberat 20kg – yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara!

Sumber: Siti Murni/TRP

Semua koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.


Busana Bertatahkan Hampir 84,000 Kristal Swarovski Dipamerkan

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Bagi memperhebatkan lagi pengalaman pengunjung, sebuah gaun bertatahkan lebih 83,900 kristal Swarovski yang direka oleh Rizalman Couture dan tudung-tudung Bawal Exclusive turut dipamerkan secara eksklusif di Pavilion KL.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi gerai-gerai Bazar Ramadan di ‘Centre Court’ untuk membeli keperluan Raya, tidak kira fesyen, hadiah, mahupun makanan.

Ada juga gerai Swarovski untuk menyerikan pembelian anda dengan kristal secara percuma, serta kiosk foto bagi merakamkan detik-detik indah sambil mengalami sinaran Aidilfitri.


Pavilion KL Bekerjasama Dengan Radzuan Radziwill & Yayasan Tuanku Nur Zahirah

Bagi meraikan warisan dan tekstil Melayu, Pavilion Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan pereka fesyen Malaysia yang terkenal, Datuk Radzuan Radziwill serta Yayasan Tuanku Nur Zahirah yang berada di bawah naungan diraja Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, untuk mempamerkan hasil karya mereka di sepanjang Tangga Sepanyol.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Saksikan ‘Pameran Fabrik Warisan Tempatan’ yang memaparkan pelbagai fabrik warisan tempatan, seperti batik dan songket tenun, yang digayakan oleh kolej-kolej yang terlibat seperti UITM Shah Alam, UITM Perak, Raffles College dan Taylor’s College.

Bagi menambah kemeriahan, Yayasan Tuanku Nur Zahirah juga akan menganjurkan sesi demonstrasi kaligrafi Islam (16 dan 17 Mac), pembuatan batik (6 dan 7 April), persembahan tarian tradisional oleh Artisan Malaysia (23, 30 dan 31 Mac) dari 3 petang hingga 4 petang, dan seni ukiran kayu (30 dan 31 Mac) dari 4 hingga 5 petang.


Pemegang Kad Maybank Bakal Terima Sampul Raya Pavilion

Sepanjang kempen berlangsung, Pavilion Kuala Lumpur akan meraikan semangat memberi dengan menawarkan ganjaran lumayan dengan kerjasama rakan kongsi perbankannya, Maybank.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur.

Pengunjung akan menerima sampul Raya Pavilion Kuala Lumpur eksklusif dengan setiap RM150 atau RM100 yang dibelanjakan dalam satu resit di semua kedai khusus melalui Kad Kredit atau Kad Caj Maybank.

Selain itu, tawaran ‘Buka Puasa Special’ akan membolehkan anda menebus baucar tunai EL&N London yang bernilai RM20 dengan perbelanjaan RM300 dalam satu resit di semua kedai khusus dan kedai F&B.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh menebus set cawan kaca kristal (2 unit) atau mangkuk kaca kristal dengan kaki penyokong masing-masing dengan setiap RM1,500 dan RM2,500 yang dibelanjakan dalam satu resit menerusi Kad Kredit atau Kad Caj Maybank.

Kedua-dua penebusan juga didatangkan dengan sampul Raya eksklusif tersebut.

[PAVILION KL]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd