Now Reading
Ini Cara Tegur Orang Yang Solat Salah Kiblat, Setiap Muslim Patut Tahu

Ini Cara Tegur Orang Yang Solat Salah Kiblat, Setiap Muslim Patut Tahu

Sebelum ini, tular video seorang lelaki ditegur oleh seorang kanak-kanak kerana tersalah kiblat semasa solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, menentukan kiblat ketika mahu mengerjakan solat adalah satu perkara penting yang perlu dititik beratkan.

Memetik Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama telah bersepakat bahawa menghadap kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunat semasa sedang bermusafir.

Namun ia adalah satu lumrah sebagai seorang manusia biasa yang mana kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.


Budak Lelaki Tegur Jemaah Solat Dengan Arah Kiblat Salah

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter) menyaksikan seorang lelaki sedang menunaikan solat di dalam sebuah masjid.

Namun begitu individu tersebut tidak menyedari bahawa dia sebenarnya tersalah kiblat.

Selepas seketika, seorang budak lelaki dilihat mendekati jemaah masjid tersebut kemudian menepuk tangannya untuk memaklumkan tentang situasi berkenaan.

Sejurus ditegur, jemaah itu berhenti meneruskan solatnya dan menghadap ke arah yang betul lalu memulakan solatnya semula.

Baca Artikel Berkaitan: “Good Job Kiddos” – Ramai Beri Pujian Kanak-kanak Tegur Lelaki Solat Salah Arah Kiblat Dalam Masjid [Video]


2 Kaedah Tegur Orang Yang Salah Kiblat

Penularan video ini membuatkan kami teringat yang bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini pernah berkongsi ilmu tentang cara-cara untuk menegur seseorang sekiranya menyedari mereka tersalah kiblat ketika menunaikan solat di laman web Maktabah al-Bakri.

Menurut beliau, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan untuk menegur orang yang tersalah kiblat. Kaedah menegur adalah mengikut situasi pada ketika itu.

#1. Tegur Dengan Perkataan

Situasi pertama: Anda melihat seseorang sedang menunaikan solat namun dia sedang menghadap ke arah kiblat yang salah.

Dalam keadaan sebegitu adalah sebaiknya untuk menegur orang yang solat untuk mengubah arah kiblat sama ada ke kanan atau ke kiri dan sebagainya.

Perbuatan menegur (secara lisan) ini termasuk dalam bab memberikan nasihat dan juga petunjuk. Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk menegurnya ketika solat, maka dia perlu memaklumkan kepada jemaah setelah solat itu selesai.

Sumber: Pexels
#2. Tegur Dengan Perbuatan

Situasi kedua: Orang yang sedang solat tidak sedar ataupun tidak menyangka teguran tentang kiblat yang salah ditujukan kepadanya.

Jika situasi itu berlaku, maka individu yang menyedari kesilapan perlu menegur melalui perbuatan dengan mengalihkan arah orang yang sedang solat tersebut ke arah kiblat yang betul.

Sumber: Pexels

Hal tersebut bagi memastikan individu yang sedang menunaikan solat itu cakna dengan kesilapan dilakukan.

Namun begitu, perbuatan mengalihkan badan jemaah mengikut kiblat haruslah dilakukan dengan berhati-hati agar solatnya tidak terbatal.

Carian kami di YouTube menemui satu video teknik memperbetulkan orang yang sedang solat.

Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Baca Artikel Berkaitan: Imam Solat Tarawih, Tapi Makmum Qada’ Solat Subuh Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Boleh Tunaikan Solat Jenazah Ghaib Untuk Syuhada Palestin – Dr Zulkifli


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd