Now Reading
13 Pemuda Gadai Harta Demi Buka Pusat Pengajian Al-Quran Dalam Bas Lama

13 Pemuda Gadai Harta Demi Buka Pusat Pengajian Al-Quran Dalam Bas Lama

Difahamkan pusat pengajian al-Quran dalam bas itu sudah beroperasi sejak tahun 2017.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang umat Islam, bacaan kitab suci al-Quran amatlah dituntut dalam kehidupan seharian.

Hal ini kerana al-Quran merupakan mukjizat dikurniakan oleh Allah SWT yang perlu dijadikan sebagai panduan buat hambaNya.

Bahkan pada era moden ini, pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi memupuk semangat orang ramai bagi mengimarahkan pembacaan al-Quran seperti melalui aplikasi dan kelas atas talian.


Pusat Mengaji al-Quran Dalam Bas Lama

Kesungguhan masyarakat bagi memastikan budaya mengaji kekal diteruskan boleh dilihat melalui usaha sekumpulan anak muda yang menjalankan operasi pusat pengajian al-Quran di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah pusat mengaji al-Quran itu dijalankan dalam sebuah bas lama yang telah diubah suai semula. Memang lain daripada lain.


13 Pemuda Sanggup Gadaikan Harta Demi Pusat Pengajian al-Quran

Bagi mengekalkan operasi pusat pengajian yang telah dibuka sejak tujuh tahun lalu itu, sesetengah daripada 13 pemuda tersebut sanggup menggadaikan harta mereka sendiri.

Walaupun telah mengorbankan harta, namun inisiatif rakan pemuda yang digelar ‘Rembau Awesome’ tersebut membuahkan hasil apabila pusat mengaji itu terdiri daripada 167 pelajar termasuklah 35 orang dewasa.

Sumber: Sinar Harian

Ketika awal penubuhan pusat pengajian al-Quran sekitar usia 20-an, kumpulan berkenaan pernah digelar ‘gila’ kerana idea kreatif menggunakan kenderaan yang sudah usang.


Dana Operasi Pusat Mengaji Tidak Mencukupi

Menurut Muhammad Allif Ibrahim, 33, yang juga ketua kumpulan Rembau Awesome berkata mereka menggunakan dana daripada ramai pihak iaitu sumbangan orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Ia juga turut dibantu hasil daripada bayaran yuran minimum daripada pelajar yang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, dana yang diterima setakat ini masih belum mencukupi untuk menguruskan pusat tersebut selain perlu membayar elaun pengajar.

Kami memerlukan dana kira-kira RM6,000 sebulan bagi operasi kelas pengajian ini termasuk membayar elaun enam tenaga pengajar. Dengan pendapatan sederhana ahli kumpulan, ia agak mencabar. Namun ia bukan alasan untuk kami berhenti menabur bakti kepada agama dan masyarakat walaupun faktor kewangan menjadi kekangan.

Muhammad Allif.

Harap Sumbangan Orang Ramai

Susulan itu, Allif berharap ihsan baik orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan bagi meneruskan operasi pusat mengaji untuk melahirkan lebih ramai masyarakat celik al-Quran.

Ini kerana sebahagian pelajar adalah anak asnaf, anak yatim dan miskin. Jadi, kami akan cari ikthiar walau terpaksa bergolok bergadai dengan menjual harta yang ada.

Muhammad Allif.
Sumber: Sinar Harian

Bermula Dengan Sebuah Bas Pada 2017

Memetik Sinar Harian, inisiatif berkenaan pada mulanya bermula dengan membeli sebuah bas lama pada tahun 2017 berserta pelaburan sebanyak RM5,000. Namun kini, kumpulan itu memiliki empat bas yang beroperasi sebagai tempat menuntut ilmu serta pejabat pengurusan.

“Kita ada kelas setiap Isnin hingga Khamis dan ada tiga sesi pengajian iaitu pada jam 5 petang hingga 6.30 petang dan 8 malam hingga 9.30 malam untuk kanak-kanak serta remaja manakala dewasa pada jam 9 malam hingga 11 malam,” kata pengurus pusat tersebut.

Dalam masa sama, Allif berkata dia berpuas hati dengan usahanya bersama ‘anak buah’ dalam meneruskan operasi berkenaan walaupun mengorbankan harta sendiri.

Malah, projek berkenaan juga dikatakan berjaya kerana kebolehan orang ramai yang pada awalnya tidak mengenal huruf kini mampu membaca al-Quran dengan lancar.


Tips Khatam al-Quran Ketika Bulan Ramadan

Umum sedia maklum, bulan Ramadan akan kembali kurang daripada sebulan daripada sekarang. Oleh disebabkan itu, sudah pasti ramai di antara anda yang berazam untuk khatam al-Quran bagi menambah ganjaran pahala pada bulan tersebut.

Sumber: Pexels

Di sini kami kongsikan tips untuk anda khatam al-Quran dengan mudah. Antaranya:

#1. Khatam al-Quran Sekali
  • Baca empat muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 20 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 10 hingga 15 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.
#2. Khatam al-Quran Dua Kali
  • Baca lapan muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 40 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 20 hingga 25 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.
#3. Khatam al-Quran Tiga Kali
  • Baca 12 muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 120 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 30 hingga 40 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.
  • Dengan cara ini, anda akan khatam al-Quran selang sepuluh hari di bulan Ramadan.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd