Now Reading
Konsert Orkestra Raikan Cinta Anjuran MPO Di Dewan Filharmonik Petronas Pukau Penonton

Konsert Orkestra Raikan Cinta Anjuran MPO Di Dewan Filharmonik Petronas Pukau Penonton

Konsert itu turut diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang berkolaborasi dengan MPO.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Sabtu lalu (17 Februari), Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philarmonic Orchestra, MPO) telah mengadakan sebuah konsert istimewa di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

MPO, di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga mempersonakan para penonton menerusi seleksi lagu-lagu cinta yang diberi sentuhan orkestra seperti:

  • Love Story (Where Do I Begin)
  • Last Night
  • (They Long To Be) Close To You
  • Somewhere Out There
  • Love Changes Everything
  • If We Were In Love
  • Cinema Paradiso
  • Love Me Tender
Sumber: Malaysian Philharmonic Orchestra

Persembahan berkenaan turut disertakan dengan beberapa lagu hits dari muzikal Broadway popular seperti Wicked, Funny Girl, Les Misérables dan Phantom of the Opera.

Sumber: Malaysian Philharmonic Orchestra

Konsert itu turut diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang berkolaborasi dengan MPO.

Sumber: Malaysian Philharmonic Orchestra

Siapakah Gerangan Penyanyi-penyanyi Undangan Ini?

  • Sean Ghazi

Sean pernah memegang watak utama dalam teater muzikal di Teater West End di London melalui teater Miss Saigon, Rent dan The King & I. Penerima anugerah Cameronian Arts, beliau pernah memenangi Anugerah Industri Muzik untuk album perdana beliau bertajuk Semalam pada tahun 2007.

Beliau juga pernah terlibat dalam pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya dan La Cage Aux Folles di Singapura. Antara filem yang beliau bintangi termasuk Anna & The King dan Spilt Gravy On Rice. Beliau juga adalah pengasas dan penyanyi utama kumpulan TARAKUCHA!.


  • Ida Mariana

Ida ialah penyanyi kumpulan TARAKUCHA! dan digelar ‘Queen of Kebaya Jazz’, sebuah genre yang diasaskan 12 tahun lalu. Beliau juga fasih menyanyi dalam pelbagai bahasa dan diingati melalui penampilan yang berkesan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.


  • Nikki Palikat

Dikenali dengan vokal yang lantang, Nikki Palikat telah memasuki pertandingan nyanyian popular seperti Malaysian Idol dan Gegar Vaganza. Beliau pernah melahirkan album-album yang diterima baik seperti Maharani (2005) dan Hawa (2008), dan telah memenangi anugerah di Anugerah Planet Muzik and Anugerah Era. Di pentas teater, beliau terlibat dalam pementasan Cabaret (2015) dan Euphrasia The Musical (2019).


  • Izen Kong

Izen Kong telah terlibat dalam banyak produksi tempatan termasuk The Legends dan Larger Than Life produksi Dama Asia, Aladdin – A Musical Comedy Reloaded dan Cabaret. Beliau pernah membuat persembahan bersama MPO dalam konsert bertemakan The Best of Rodgers & Hammerstein, Opera In The Park produksi Singapore Lyric Opera dan That’s Entertainment terbitan PAN Productions. 


Verdict?

Sumber: Malaysian Philharmonic Orchestra

Disebabkan ini adalah kali pertama team TRP berpeluang menghadiri persembahan orkestra, secara ringkasnya kami boleh mengatakan yang persembahan yang dilakukan adalah sangat hebat.

Bayangkan, sekumpulan pemuzik mempersembahkan pelbagai karya muzik dengan instruments masing-masing bagi mencipta pengalaman extraordinary buat para penonton. Di bawah arahan konduktor, semua orang perlu memainkan muzik secara harmoni untuk memastikan orang ramai menikmati persembahan muzik.

Tidak dinafikan, terkesima kami dibuatnya dengan setiap lagu yang didendangkan meskipun ia bertemakan ‘cinta’ sahaja.

Persembahan dari permulaan sehingga ke hujung begitu memuaskan hati.

Dan sejujurnya, tiada cara yang betul untuk anda menghargai muzik orkestra. Kalau ingin merasainya untuk pertama kali seumur hidup, beli tiket, dan alami sendiri pengalaman berada di dalam dewan tersebut sambil menikmati persembahan.

“Mesmerized” sangat, serius.

Sumber: Malaysian Philharmonic Orchestra

Adakah kami akan kembali untuk menonton orkestra? DEFO!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd