Now Reading
[Video] PETRONAS Buat Pertama Kali Lancar 2 Web Filem Sempena Tahun Baru Cina

[Video] PETRONAS Buat Pertama Kali Lancar 2 Web Filem Sempena Tahun Baru Cina

Dua filem web yang dikeluarkan oleh PETRONAS sempena CNY 2024 adalah: When The Heart Calls dan To Those Who Wait To Celebrate.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti tahun-tahun sebelum ini, PETRONAS dan web filemnya memang tidak pernah mengecewakan. Hampir kesemuanya membawa mesej tersurat dan tersirat yang begitu mendalam.

Kadangkala boleh menitis jugalah air mata.

via GIPHY

Dan tidak terkecuali juga untuk sambutan CNY tahun ini di mana PETRONAS melancarkan dua (2) filem web menyayat hati dan juga pelancaran inisiatif ‘Festive Dreams’ sempena sambutan 50 tahun PETRONAS.


CNY 2024: 2 Filem Perayaan Dilancarkan Oleh PETRONAS

Buat pertama kalinya, PETRONAS mengumumkan bukan satu, tetapi dua filem perayaan yang menarik dalam sambutan Tahun Baru Cina. Kisah bersambung ‘To Those Who Wait To Celebrate’ dan ‘When The Heart Calls’ menyatukan dua perspektif merentasi dua zaman yang berbeza.

Dicipta oleh seorang pengarah terkenal di Malaysia iaitu Dick Chua, kedua-dua filem ini meneroka tradisi yang berakar dalam budaya Cina untuk meraikan Tahun Baru Lunar, antara suami dan isteri.


Hari pertama Tahun Baru Cina, isteri perlu pulang ke rumah keluarga suami

Secara tradisinya, hari pertama adalah hari di mana si isteri perlu pulang ke rumah keluarga suami terlebih dahulu untuk meraikan perayaan CNY. Kemudian, mereka akan kembali ke rumah ibu mentua (belah si isteri) pula untuk meneruskan perayaan pada hari kedua. Atau lebih dikenali sebagai ‘Hui Niang Jia’.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Hubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan PETRONAS Fazli Ibrahim berkata, “Filem-filem ini diilhamkan oleh sebuah kisah benar, sebagai penghormatan kepada tradisi yang dihargai ini yang telah menyentuh hati kami secara mendalam. Dicipta semula dengan warisan penceritaan ikonik PETRONAS, kami mempersembahkannya dengan harapan dapat meningkatkan pemahaman tentang warisan Malaysia yang pelbagai.”


Pelancaran Filem Web CNY Seiring Dengan Ulang Tahun Yang Ke-50 PETRONAS

Untuk info, pengumuman filem web ini bersamaan dengan ulang tahun ke-50 PETRONAS di mana ianya bermula dengan 50 Impian. Sebagai sebuah syarikat yang sudah menjadi sebahagian daripada struktur masyarakat, kakitangan PETRONAS bergabung dengan komuniti setempat untuk menjadikan 50 impian menjadi kenyataan sepanjang waktu perayaan sepanjang tahun 2024.

Ia bermula dari memenuhi keinginan kanak-kanak yang menghidap sakit kronik dan mewujudkan impian kanak-kanak yang cacat fizikal untuk bermain bola keranjang, sehinggalah penubuhan sudut pembelajaran (berkaitan STEM) di sekolah luar bandar.

Jangan lupa untuk saksikan kisah-kisah 50 Impian PETRONAS bermula pada Tahun Baru Cina nanti!

When The Heart Calls:

Hari yang meriah tetapi Ting Ting kelihatan sedih ketika menelefon ibunya. Apa yang terjadi sebenarnya?

To Those Who Wait To Celebrate:

Kisah ini memperlihatkan kasih seorang bapa yang sabar menanti kepulangan anaknya sempena Tahun Baharu Cina.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd