Now Reading
Pavilion Bukit Jalil Rai Tahun Baru Cina Dengan ‘Big Prosperity Celebration’ Hingga 25 Februari 2024!

Pavilion Bukit Jalil Rai Tahun Baru Cina Dengan ‘Big Prosperity Celebration’ Hingga 25 Februari 2024!

Meriah sungguh Pavilion Bukit Jalil sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2024 ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pavilion Bukit Jalil menyambut Tahun Naga yang megah melalui kempen Tahun Baru Cinanya – Big Prosperity Celebration sehingga 25 Februari 2024!

Rai semangat limpahan dan kemakmuran Tahun Baru Cina mempamerkan kemeriahan perayaan tahunan dengan hiasan perayaan menampilkan 9 ekor naga, pengalaman menarik dan ganjaran hebat dalam meraikan perayaan ini.

Jemput bergambar bersama 9 ekor naga di sekeliling centre court yang membawa simbolik kepada kemakmuran, nasib baik, serta rezeki melimpah ruah.


Aktiviti Menarik & Persembahan Menghiburkan Di Pavilion Bukit Jalil

Para pengunjung juga boleh mencuba nasib di mesin Big Prosperity Luck dan mesin Big Prosperity Spin serta menerokai pelbagai gerai jualan yang disediakan di CNY Marketplace di Centre Court, Aras 2.

Sertai pelbagai bengkel dan persembahan menghiburkan termasuk Tarian Maskot Naga, pameran fesyen, Tarian Singa Akrobatik dan banyak lagi.

Para pengunjung juga boleh menulis harapan ingin dicapai dan dihajati mereka bagi tahun baharu bersama yang tersayang pada sekeping kad khas dan mengantungkan kad tersebut di Pavilion Wishes Tree.

Pavilion Wishes Tree.

Selain itu, kunjungi pelbagai gerai jualan di CNY Marketplace dan pesta perayaan di PIAZZA, seperti Watsons x Ping Min CNY Artisan Market (19 – 21 Januari 2024) dan Selangor New Village 2.0 – Balik Kampung CNY Fest 2024 (1 – 4 Februari 2024), mempamerkan makanan tempatan, seni, kraf dan budaya tradisional Cina.


Berbelanja & Tebus Pek Angpao

Mulai sekarang sehingga 25 Februari 2024, belanja dan tebus pek ang pow, baucar beli-belah dan dulang kaca berjenama Pyrex dengan pembelanjaan minimum RM100, RM300 atau RM600 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.

Nikmati lebih banyak ganjaran sebagai ahli Pavilion Privileges musim perayaan ini dengan pembelian eksklusif dengan pembelian di BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS, JYNNS, HOHM dan Absolute Siam sementara stok masih ada.

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli baharu sekaligus membolehkan anda untuk menebus beg bertuah Watsons istimewa bernilai RM88.


Pameran Menarik Di Pavilion Bukit Jalil

Kunjungi pameran menarik yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil semasa musim perayaan ini seperti:

  • REX Home Expo (19 – 21 Januari 2024)
  • iFood Expo: CNY Carnival 2024 (26 – 28 Januari 2024) di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, aras 5.
  • The Fullmetal Alchemist Exhibition (24 Januari – 24 Mac 2024) di aras 2, Zon Jingga.
  • B★VERSE, Singing the Stars Immersive Exhibition World Tour (1 Disember 2023 – 10 Mac 2024) di aras 3, Zon Jingga.

[Big Prosperity Celebration]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd