Now Reading
Hotel Social Living Collection Dibuka Di Indonesia

Hotel Social Living Collection Dibuka Di Indonesia

Sunset Hotels & Resorts menyambut ketibaan 2024 dengan pembukaan baharu Cocana Resort by Social Living Collection, hotel lima bintang pertama yang terletak di Gili Trawangan (Indonesia).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Usaha meluaskan rangkaian hotel antarabangsa Sunset Hospitality Group (SHG) kini digiatkan lagi dengan pelancaran hotel unik baharu: Cocana Resort by Social Living CollectionTM, yang telah tersergam indah di pulau Gili Trawangan.

Cocana Resort by Social Living CollectionTM

SHG yang memiliki dan mengendalikan portfolio jenama-jenama hospitaliti gaya hidup yang berkembang pesat, diasaskan pada 2011 dengan matlamat untuk mencipta pengalaman hospitaliti unik di seluruh dunia, daripada hotel, resort, kelab tepi pantai kepada restoran dan kemudahan hiburan malam.


Portfolio SHG

Bertapak kukuh di 16 buah negara dan lebih 55 lokasi di seluruh dunia, portfolio SHG termasuk METT Hotels & Resorts, Social Living CollectionTM Hotels, Azure Beach, Ammos, Drift Beach Club, AURA, SUSHISAMBA, DREAM, L’Amo Bistro del Mare, Black Tap, Lola Taberna Española, Goldfish, Isola, Raise Fitness & Wellness, dan banyak lagi.

Cocana Resort by Social Living CollectionTM

Suku terakhir 2023 menyaksikan fasa perkembangan pesat bagi SHG, dengan pelancaran Sunset Hotels & Resorts yang merupakan sebahagian daripada langkah berani untuk membangunkan, membuka dan mengendalikan 20 hotel baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Hotel-hotel ini akan dibuka di pelbagai lokasi meliputi Eropah, Timur Tengah dan Asia, dengan enam hotel kini sudah beroperasi.

Sunset Hotels & Resorts menyambut ketibaan 2024 dengan pembukaan baharu Cocana Resort by Social Living Collection, hotel lima bintang pertama yang terletak di Gili Trawangan (Indonesia).


Cocana Resort by Social Living Collection

Terletak di pesisir pantai Gili Trawangan, Indonesia, Cocana Resort by Social Living CollectionTM dibangunkan sebagai sebuah pusat peranginan bagi pelancong moden yang ingin beristirahat dalam keselesaan dan kemewahan yang tidak begitu menonjol.

Resort gaya hidup terulung yang bersifat organik tetapi bergaya ini membawakan konsep eko-kemewahan mengutamakan alam sekitar, menggabungkan kelestarian dan pengalaman memanjakan diri.

Kemudahan dan prasarana taraf resort lima bintang, bersama bilik penginapan luas dan direka khas mewujudkan persekitaran mesra dan menarik bagi mereka yang ingin menikmati kemewahan ala minimalis.

Resort ini menyediakan 83 bilik, meliputi 38 bilik lagun dengan pelbagai jenis vila peribadi 1,2 dan 3 bilik tidur, setiap satu menawarkan tempat persinggahan menenangkan jiwa dan mendamaikan hati.

Social Living CollectionTM ialah rangkaian hotel dan resort unik di serata dunia yang berusaha menawarkan pengalaman tersendiri kepada pengembara moden, menetapkan piawaian bagi perjalanan sosial.

Social Living CollectionTM menyediakan gaya perkhidmatan mewah di lokasi menarik lagi unik yang direka cipta untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman luar biasa. 

Mengulas lanjut, Jaime Buxo Clos selaku CEO of Sunset Hotels & Resorts, SHG berkata, “Kami amat berbangga untuk membuka hotel 5 bintang yang pertama di Gili Trawangan – Cocana Resort by Social Living Collection™ yang melambangkan eko-kemewahan, di mana setiap detik diterapkan dengan kelestarian yang sebenar, nikmat keselesaan sambil berkaki ayam, dan keindahan semula jadi kepulauan ini.

“Kejayaan membina resort ini merupakan satu pencapaian penting bagi Sunset Hotels & Resorts SHG, dan ia merupakan kemudahan pertama dalam rangkaian hotel yang bakal mewarnai dunia hospitaliti Indonesia.

Antonio Gonzalez, Pengerusi dan CEO Kumpulan SHG pula berkata, “Kami teruja untuk menggiatkan lagi pertumbuhan global kami dengan meluaskan rangkaian Social Living CollectionTM menerusi pembukaan Cocana Resort by Social Living CollectionTM.

“Pelancaran ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu daripada penyedia perkhidmatan hotel mewah terkemuka dan mencerminkan komitmen kami untuk menzahirkan konsep hotel perintis dan pengalaman gaya hidup hospitaliti terulung di seluruh dunia.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd